Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Sunday, May 11, 2008

Laskar Cinta Riz



Laskar cinta…. Ah tensennye aku dgn lagu nie. Tiba-tiba jer aku terus jadi benci dgn lagu nie since lagu nie telah membuatkan Riz jadi down giler. Nak tgk ulangan konsert ke 8 part Riz nyanyi solo pun…. Tiba-tiba aku jadi takut. Walopun malam tadi mmg aku tak leh concentrate utk tgk konsert lepas rasa macam Riz tak semangat. Aku tak sanggup nak tengok Riz kecewa dgn diri die…. Ye la kan. Masa nak umum pelajar tersingkir dalam konsert tu kan…. riz tunduk jer. Rasanye die pun kecewa dgn performance die malam tadi. Tapi sebenarnye bukan la sesuatu yang mudah utk menyukai sesuatu yang kita tak suka. Aku faham perasaan riz coz aku pun jenis yang susah nak berpura-pura suka terhadap perkara yang aku tak suka. Tak de maknenya nak hipokrit-hipokrit nie. Boleh tahap termuntah kalo aku kena paksa utk suke jugak. Tapi biler bercakap soal lagu laskar cinta yg riz nyanyi nie… adakah persembahan yang tidak memberangsangkan oleh riz tu berpunca oleh sebab sikap tidak suke die terhadap lagu tu semata-mata???? Aku rasa tidak sama sekali…. apatah lagi sebelum-sebelum ini kita mengenali Riz sebagai seorang student yang bertanggungjawab terhadap lagu-lagu yang diberi kepada die. Dan setelah aku amati betul2 persembahan Riz nie dan kemudiannya tgk video clip dewa…. Aku rasa sebenarnye lagu nie tak sesuai utk dinyanyi dlm pertandingan seperti AF apatah lagi biler ianye dinyanyikan secara one man show. Sepatutnya cikgu2 dan pengetua peka terhadap perkara nie. Satu tugas yang berat telah dipikul oleh Riz dgn menyanyi sorang2 lagu tu tanpa ada bantuan sapa2 pun. Malah masa dalam dairi pun Riz dah jangka perkara yang penonton akan ternanti-nanti bile la lagu tu nak habis dan ternyata apa yang Riz jangkakan memang benar berlaku. Sepatutnya part yang akhir yang macam bercakap tu dinyanyi secara beramai-ramai pun ok jugak kan bagi mengelak persembahan tu menjadi boring dan tertumpu pada Riz sajer. Tapi tak per lah…. Aku tetap bangga dgn Riz kerana menyahut cabaran untuk menyanyi lagu nie walopun dengan hati yang tak suke. Seinci pun tak akan hilang perasaan terlebih suka aku kat Riz coz selama nie Riz telah menghiburkan hati aku dgn nyanyian die... dgn senyuman die....dgn lirikan mata die dan macam-macam lagi yang die ada. Aku dah tgk beberapa klip Dewa utk buat perbandingan dan aku tetap rasa persembahan Riz tidak la seteruk mana. Jadi harap semua peminat Riz bertenang. InsyaAllah minggu depan pasti Riz tak akan menghampakan kita.




Laskar cinta versi Riz




Laskar cinta versi Dewa

No comments: