Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Saturday, June 26, 2010

Capricorn

Sebenonye hari nie aku bercadang utk mengemas rumah. Asyik berjalan sampai rumah pun ala2 tongkang pecah...huh. Tapi mood aku mengemas agak terganggu. Adeh.... paip salur air washing machine tu tanggal la plak.... jenuh aku pasang balik tapi tercabut aje. Huwaaaaaaaaa.... tensen dibuatnya. Susah gak rumah x de org laki nie ek. Sabo je la. Malam karang aku sambung balik.... tghhari buta nie.... cuaca yg panas buat aku hangin jer... Ingat petang nanti nak gi tesco pun hilang jadinya disebabkan washing machine yg membuatkan kepanasan hati aku mengelegak. Camner nak menyejukkan nyer ek....hmmm..... jom layan Zodiacfacts ttg capricorn dlm twitter. Maklum la aku nie berbintang Capricorn.... menyengih jer bila baca coz cam betul la jugak..huhu

1.Many #Capricorns follow the classical goat's pattern of having to carry responsibility or hardship very early in life.

~ hmm...x sure tapi yeah....aku bukan jenis yg lepas tgn & lari dr tggjwb. Itu pasti.

2.It isn't easy to get to know a #Capricorn.

~ aku mengaku yg aku nie jenis perahsia.... jd agak sukar utk org kenal aku. Kira betui la tuuuuuu.

3.#Capricorns are very choosy in taking anyone into a relationship.

~ sebenonya aku bukan la memilih kawan tp utk satu perhubungan yg bukan hanya kawan... itu sudah pasti..hmmm... sebenonya agak berhati-hati la takut tertipu.

4.Capricorns are full of contradictions and peculiarities when it comes to matters of the heart.

~ hmmm....perkara yg berkait dgn hati mmg la susah kan.... tp x kan org capricorn jer..huhu

5.#Capricorns will have a lot of many close relationships instead of one very close,and very meaningful one.

~ hmmm...biarlah rahsia

6.#Capricorns are people who seem to be a little formal, a little out of place with their fun-loving background.

~ haha...mmg kdg2 skema & kdg2 giler2 sikit


7. #Capricorns like to climb the social and professional ladders and are not left behind in trying to impress their superiors.

~ hmm.... sudah pasti. Rasanya sume org camtu kan.

8.#Capricorns are very committed to their cause and are really good at getting what they want.

~ ya...ya

9.#Capricorns know when they are really liked, and this knowledge is quite sufficient.

~ ya..sudah pasti & aku mmg susah nak berpura-pura suke terhadap benda/perkara yg aku x suke.

K... camne? Harap2 uols leh la kenal aku serba sikit melalui apa yg tertulis di atas.

Saturday, June 19, 2010

Sekali aku jatuh cinta ~ Bab 1

Hmm..... aku pernah tulis dlm blog nie yg aku sedang berusaha utk buat sebuah cerpin kan..... jadi ini sebahagian dari yg berjaya terhasil. Doakan moga tak terbantut kat tgh jalan ek.... malas betul sebenarnya. Apa2 pun terimalah ~ Sekali aku jatuh cinta
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku melihat jam di tangan entah berapa kali. Rasanya bibir pun sudah tidak mampu lagi mengukir senyuman. Mulutku tidak berhenti mengomel. Geram. Sebagai seorang yang begitu menepati masa, aku memang cukup benci dengan istilah menunggu. Apatah lagi jika terpaksa menunggu sejam daripada masa yang telah dijanjikan. Kalau bukan kerana begitu pentingnya pertemuan yang telah dijanjikan ini, memang pasti aku dah lama ‘cabut’.

Masa terus berjalan dan penantian aku bukan lagi sejam tapi sudah menghampiri dua jam. Aku tahu aku sudah tidak mampu untuk bersabar. Gadis penyambut tetamu yang juga merupakan telefonis di syarikat itu kelihatan turut sama gelisah seperti aku. Mungkin juga dia kasihan melihat aku yang sudah lama menunggu.

“Maaf la cik…… saya pun tak tahu apasal bos saya tak sampai-sampai lagi ni. Katanya dia ‘on the way’”. Entah berapa kali perkataan maaf yang terkeluar dari bibir dia pun aku sudah tak ingat.

Aku sekadar tersenyum hambar. Rasanya kepanasan di hati aku sudah melangkaui 40 darjah Celsius. Tapi aku tahu, tiada gunanya aku meluahkan kemarahan aku kepada gadis penyambut tetamu. Dia cuma seorang pekerja yang mengikut arahan bos.

Tepat jam 4.30 petang, saat pintu pejabat High Taste Sdn Bhd itu dibuka, aku terpandang seorang lelaki dan seorang wanita memasuki ruang pejabat tersebut. Serentak dengan itu, aku mendengar gadis penyambut tetamu berkata dengan suara yang agak perlahan.

“Itu pun dia.”
Mendengar kata-kata tersebut, aku dapat mengagak bahawa lelaki yang muncul tersebut pastinya Encik Ikmal, orang yang aku tunggu-tunggu. Selama ini aku hanya sempat berbual dengan beliau di telefon sahaja. Melihatnya sendiri, aku rasakan yang beliau masih muda lagi. Patut pun tidak begitu pandai nak mengurus syarikat, kataku dalam hati. Tapi aku tidak pasti siapa pula wanita yang bersama beliau. Mungkin isteri mungkin ‘mak we’. Hmm….. sempat lagi otak aku dok meneka. Walaupun keadaan aku pada masa tersebut umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meletus. Gabungan perut yang agak berkeroncong kerana hanya beralaskan sekeping roti bakar dan Nescafe Tarik pagi tadi serta penantian menunggu selama dua jam lebih memang sungguh-sungguh menguji kesabaran aku. Apalagi dengan melihat aksi memualkan dari wanita yang bersama Encik Ikmal. Macamlah dia seorang yang mempunyai suami atau pakwe. Boleh muntah hijau dibuatnya, kalau mengikut ayat budak-budak sekarang. Nasib baik masih ada sedikit kesabaran yang berbekal di hati. Sabar itu bukankah separuh dari iman. Tentu sesuai sekali untukku sejajar dengan namaku Nurul Iman.

“Apa yang penting sangat nak jumpa saya”, lelaki itu bersuara setelah agak lama aku menunggu beliau.

“Saya dah maklumkan kepada encik melalui telefon sebelum ini kan?” Aku membalas. Aku pasti dia tahu tujuan kedatangan aku.

“Saya tak faham la kenapa awak semua tak habis-habis menyusahkan saya hah?” Lelaki itu bersuara lagi. Agak garang sekali.

Aku menghela nafas panjang mendengar kata-kata lelaki itu. Saya yang tidak faham atau dia yang tidak faham. Kemarahan yang terpendam di hati bagai sudah sampai kemuncaknya saat itu. Aku berisytifar di dalam hati untuk mengawal rasa marah.
“Encik Ikmal…… sebagai seorang majikan…….. encik patut tahu tanggungjawab encik terhadap pekerja-pekerja encik. Kalau encik beri kerjasama tempoh hari, keadaan tak berlarutan seperti sekarang.“

“No way! I tak akan bayar.” Lelaki tu berkata separuh menjerit. Aku mengeluh.

“Ok…..fine. You tandatangan saman nie dan nanti u jawab di court. Senang cerita.” Balas aku agak geram. Aku tidak lagi berencik-encik dengan beliau. Lelaki ini benar-benar menguji kesabaran aku.

“U ingat I bodoh. Sori…… I tak nak tandatangan.” Agak sinis cara beliau menjawab.

“Terpulanglah pada you. Tapi jangan marah pulak kalau pihak kami buat saman tampal. Elok-elok cuma encik dan pekerja encik saja yang tahu pasal kes saman nie sekarang, nanti orang yang tak berkaitan pun boleh tahu.”

“U cuba ugut I”.

“Maaf....Encik salah faham. Saya cuma nak bagitahu encik. Suara saya macam menggugut ke?”

Pandangan lelaki itu amat tajam memandang tepat ke mata aku menjadikan aku tidak selesa. Kertas saman yang ada di tangan aku dirampas dengan agak kasar. Akhirnya nak tak nak, Encik Ikmal tandatangan juga surat saman tersebut. Aku tahu sebagai seorang yang waras, pasti dia tahu yang dia perlu menjaga reputasi diri dia dan perniagaan dia.

Wednesday, June 16, 2010

Citer aku

Terlalu banyak stori mori tentang perkara yang tidak berkait dgn diri aku kebelakangan nie dlm blog nie..... hmmm..... tu la kan.... aku pun x tahu apa tujuan aku buat blog nie...... bercerita ttg hal org atau sebenonye bercerita ttg diri aku. Hmm.... dr zaman sekolah.... aku rasa kawan2 aku menganggap diri aku nie seorg yg perahsia. Jadi keterbiasaan tu mmg payah nak ubah..... walopun la nie.... aku mmg membuka ruang utk org lebih kenal siapa diri aku yg sebenarnya. Itupun kalo ada org nak kenal la kan...hehe....perasan..... tp aku mmg sorang yg perasan pun...haha...just kidding.

Ok.... berstori mori pasal diri aku sebenonya.... x de yg best pun.... tu yg malas nak tulis kat sini tu. Lagipun aku nie sorang yg pemalu.... huwahhhhhhhh.....harus angkat bakul bocor.... kepala lepas....kaki masih pijak kat tanah...ahaks.... Tapi tu la dlm malu2..... masih gan selamba badaknya.... beraksi di sebelah gambo di bawah ini.... Tapi sori ek.... saje je aku tak nak letak gambo tu kat sini coz aku takut nanti uols dok tgk muka aku je. Kesian lak kat si lisa surihani tu.....kuang...kuang....kuang


Nak tau kat mane aku ambik gambo kat atas tu...... sebenonye aku ambik gambo tu kat TGV KLCC.... haha...bermakna tercapai ler hasrat aku nak tgk citer tu utk kali ke2 nyer. Edak ler aku gi kl semata-mata nak tgk citer tu..... kebetulan mmg aku gi kenduri kawin seseorg kat kl tu..... dia tu anak angkat seorg kakak yg aku sewa bilik masa dok kl dulu tapi anak angkat die tu panggil aku kakak..... jadi camno tu ek.... aku pun konfius gak....hehe. Apa2 pun kami dah mcm satu keluarga la beb..boleh kata 90% life aku kat kl tu mmg bersama gan depa... sedih lak biler kakak tu yg aku panggil kak ani.... nangis2 peluk aku & suruh aku tido kat rumah die. Mak die yg aku panggil nenek pun camtu gak.....peluk2....cium2 aku. Hmm.... aku plak tersewa hotel coz anak sedara aku nak ikut aku ke KL. Lagipun aku fikir tentu keluarga kandung si Adi (anak angkat) ramai menumpang kat rumah kakak tu. Kalo korang jadi aku...camner ek..... betul ke tindakan aku tu.... hmm..... aku x suke ada perasaan rasa bersalah kat org coz ia buat aku asyik teringat. Apa2pun Selamat Pengantin Baru untuk Adi & anne. Moga berkekalan hingga akhir hayat. Amin.



Hmm...... bercakap pasal gi kl..... Nie gambo hotel tempat aku duduk.... hehe...bilik air die best..... besar. Sampaikan aku rasa aku lebih banyak ambik gambo kat bilik air dari ruang lain....hehe...hampeh.






Aku dok hotel tu 2 hari..... tak de aktiviti sangat sebenonyer... selain gi kenduri....gi tgk movie.... Killers..... Lagenda Budak Setan..... Kecoh Betul (nie.... anak sedara aku yg beria nak tgk)..... Prince of Persia. haha...giler kentang.... x penah buat camtu... sebenonyer malas nak drive kat kl yg byk kete tu... aktiviti paling best...tgk movie je la.... pastu gi shopping kat Jln TAR & area Masjid India. Ambik ko..... apalagi.... aku dah terbeli 10 pasang kain & sempat gak sambar satu handbag kat Sogo.... isk...isk... tu yg maleh nak gi KL tu. Leh timbul penyakit lupa daratan aku nie. huhu.
Sebenonyer kan... aku mula2 ingat nak join reunion kengkawan sekolah masa form 1 - 3.... duk asrama masa kat Tg Malim dulu. Depa buat kat One utama. Tapi disebabkan dah lama giler aku tak gi area sana..... takut lak kalo tersesat. Lagipun disebabkan terlampau bizi.... aku terlupa nak booking dulu gan member yg duk urus hal reunion tu. Jadinya setakat tgk gambo je la. Lama giler berpisah gan depa coz bile masuk form 4... aku dah pindah sekolah lain. Mmg nakal giler la..... masa sekolah kat Tg Malim tu.... teringat zaman kena tulis surat minta maaf gan cikgu Rozita sebanyak 100 ayat pasal gi kluar beraya pakai baju biasa.... pastu teringat insiden tertangkap kes adik angkat...abg angkat...kakak angkat & terpaksa dok kat dewan makan sampai kul 2-3 pagi bile cikgu Rozita & cikgu Fuad tak puas hati gan result periksa yg byk merosot & cikgu cakap sumenya berpunca pasal dok berangkat.... masa tu siap kena ugut tido kat court badminton.... yg x tahan...tukang intai dr tingkap asrama pun dok sama berjaga gan kami yg ditahan kat dewan makan masa tu...huhu.... pastu insiden perang mercun time hari akhir sebelum cuti raya bila budak asrama lelaki dok serang asrama pempuan gan mercun.... siap menyorok bawah katil pasal mercun tu mmg dpt masuk ke dlm dorm melalui jaring2 ruang udara..... masa april fool plak...sapa yg tido awal....ada yg buat dajal masukkan garam dlm mulut.... pastu tgh malam budak asrama lelaki serang asrama puteri gan simbah air teh o kat tingkap asrama puteri.... terpaksa tarik katil ke tengah takut tilam gan cadar kena air teh o.... pastu ada budak laki masuk bilik air asrama puteri & bukak penutup kolah sampai terdgr bunyi air kluar.... nak x nak....terpaksa kluar dari dorm utk tutup kolah tapi budak laki dah tunggu kami kluar dorm pasal nak simbah kami gan air teh o. Yg paling haru masa tu.... kebetulan masa tu kami ada sukan sekolah.... budak asrama muka layu2 tak cukup tido time kawad sukan coz berjaga.... paginya budak lelaki terkantoi kena denda dik cikgu Fuad. Masa april fool gak.... jemuran cikgu Rozita kena gantung kat dewan makan.... sume org dok gelak..... belum lagi cerita Cikgu Umi yg kami panggil cikgu Bedah dpt hadiah katak time april fool.... hmm.... mmg macam2 la kenangan kat Tg Malim.... mmg nakal giler... aku rasa kalo setakat Lady in Black dlm novel Lagenda Budak Setan ataupun kumpulan anti perempuan si Kasyah tu mmg kalah.

Tuesday, June 8, 2010

OST Lagenda Budak Setan (LBS)

godek2 FB si lisa..... terjumpa plak OST LBS yg baru diupload oleh tuan director kat utube. Best lagu getar hati tu..... moh ler layan.



Best kan....hehe.... nasib ler kome.... aku asyik ber LBS dua tiga menjak nie. Tak kira ler apa yg org nak ckp pasal filem nie atau pun si lisa tu..... yg penting apa yg aku suke.... ada aku kesah apa yg org lain rasa.... hahaha. Dan congrate tuk Team LBS coz dgrnya dah capai kutipan RM 2 juta dlm tempoh 5 hari tayangan...ai likeee

yang nie plak Bila cinta versi male..... hmm.... aku prefer versi female kot.... sore lelaki nie cam pelik plak tp masa die nyanyi lagu Getar cinta kat atas tu cam ok ler plak

Sunday, June 6, 2010

Lagenda Budak Setan~Kata aku

Hari nie akhirnya dpt jugak aku tgk citer Lagenda Budak Setan kat GSC Ipoh Parade walopun plan asal aku nak tgk minggu depan masa turun kl.... ye la kebetulan aku stay kat The Zon, Jln Ampang..... dekat jer gan KLCC..... kalo nak jln kaki pun boleh. Tapi tu la..... tak sabar plak rasanyer nak tunggu minggu depan. Jadi redah jer siang tadi walopun dlm keadaan x berapa nak sihat. La nie pun rasanyer nak telan jer Panadol soluble..... tarik selimut...tido. Tapi tu la sebagaimana aku x sabar nak tgk..... camtu la jugak camner x sabarnye aku nak bercerita ttg filem nie.

Pertamanya..... apa yg aku nak komen..... pasal lakonan lisa surihani.... aku rasa filem LBS nie antara lakonan terbaik Lisa. Bukan pasal die pelakon yg aku mmg minat..... tapi.... hmm...aku rasa sape2 yg nak komen pasal lakonan Lisa..... mereka perlu tgk semua filem atau drama lakonan die....termasuk drama yg agak top - Adamaya. Kalo sebelum nie, aku sering beranggapan yg Lisa nie sorang yg happy go lucky coz kurangnya penghayatan die dlm watak yg sedih tp utk LBS.... part2 sedih dlm citer nie masa ayu berpisah gan kasyah bila kasyah nak pergi buat research...... masa mak ayu sakit...... masa ayu bercerita dgn suzana ttg dia yg terpaksa berkahwin dgn azmi & terpaksa tinggalkan kasyah...... masa bergaduh dgn azmi.... sememang lisa menunjukkan peningkatan lakonan yg ketara....bagi aku....kesedihan & kesengsaraan ayu tu terasa utk aku. Dan aku x hairan kenapa ada ulasan dlm surat khabar yg turut memuji peningkatan mutu lakonan lisa dlm LBS. Dan x lupa..... dubbing yg lisa buat utk watak emilia pun agak menjadi..... x terasa janggal. Congrate lisa. Cuma ada dua perkara yg aku tak suka ttg lakonan lisa dlm LBS..... part azmi gan ayu lepas accident yg muka ayu berbalut..... hmm.... patutnya part tu tunjuk kat wad hospital saje & bukannya atas kerusi roda.... mmg nmpk kelakar time tu. Dan lagi satu...... watak ayu yg dipegang lisa terasa amat la sekejab..... tak puas tgk. Tapi dua2 tu bukan salah lisa kan.

Lakonan Farid Kamil utk citer nie..... hmm....mmg x byk beza dgn lakonan die dlm filem yg lain kan..... aku cam boleh hafal beberapa style die yg sama dlm beberapa buah filem lakonan die yg lain.....jadi malas nak komen pjg2. Kalo x de yg baik utk bercerita..... lebih baik tutup mulut..... opss.... bukan tutup mulut tp x yah taip apa2. Lgpun tadi.... aku sempat tgk DVD Semerah cinta Stilleto pas balik dr tgk wayang tadi. Nanti la aku ulas pasal citer tu.

Que Haidar...... memegang watak azmi iaitu antara watak yg membawa kekuatan kpd citer nie. Tak perlu dipertikaikan lakonan die..... mmg hebat kan..... cuma mcm pernah tgk je kan..... die pegang watak yg camtu.

shikin...... pemegang watak emilia..... watak yg berat jugak sebenarnya. Tapi tu la.... utk aku... feel tu kurang..... mungkin sebagai peminat lisa..... secara x sengaja.....terbuat perbandingan..... x adil utk die sebenarnya.....Namun sebenarnya sebagai pelakon baru..... bagi aku.... die ada potensi..... cuma tu la watak emilia tu agak berat utk dipegang olh seorang pelakon baru seperti dia. Nak tau tak..... aku asyik terfikir.... kalo la watak emilia nie diberi pd fazura...... kan lebih baik. Lagipun mesti x timbul pasal warna kulit ayu yg bertukar jd gelap bila jd emilia. Pasal kecantikan dia nak dibanding gan lisa..... aku x nak komen. Kecantikan nie satu yg subjektif..... x sama di mata setiap org.

Fazura...... sebagai katerina. Aku tahu watak nie mmg wujud dlm novel LBS..... cuma dlm versi filem nie terasa apabila terlampau byk watak yg nak dimasukkan..... mmg terasa agak hmmm..... x tau nak bagitahu apa..... mungkin kelam kabut..... dan terasa hmm..... mudahnya nak jatuh cinta kat org.Tapi itu bukan salah Fazura..... dia telah melakunkan watak Katerina dgn baik.

Filem LBS ~ berapa bintang dr aku...... hmmm.... aku malas nak bagi bintang2 nie. Bagi aku....aku mmg boleh layan filem nie & bercadang nak tgk balik bile turun kl nanti. Lagipun cinematographic citer nie mmg menarik dan cantik. Dan lagu bila cinta versi lelaki gan perempuan tu mmg sesuai gan citer nie. Lagu yg rancak masa kat kolej tu pun best jugak. Ai likeeeeeeee.

Saturday, June 5, 2010

Bunga Citra Lestari~Karena Ku Cinta Kau

Lagu baru yang membuat hati aku bagai jauh dibawa lari....haha...angau sudah.




Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Reff:
Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Back to Reff:

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

kau.....mmmmm

Thursday, June 3, 2010

Mencari Damai

di saat
hati yang bagaikan gelisah
mencari jalan menuju ketenangan
namun bagaikan tersalah arah jalan
tersesat
dan kehilangan diri

mencari damai ini
adakalanya membuat aku tersungkur
kerna tersalah tafsir
tentang erti hidup
erti bahagia