Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Friday, December 28, 2007

Rasa kehilangan

Tak tau le.... disember 2007 ni selain dr birthday mila yg happening pd 23hb walopun aku x join... benda2 lain mcm mendung & banjir je kat davom. Apataknya 24hb... mamachik selaku penasihat davom dan 21hb pulak...arith iaitu salah seorg member davom telah meninggal dunia. Al Fatihah Moga mereka berdua ditempatkan di dalam golongan org yg beriman. Walopun aku mmg tak kenal mereka.... tp tetap berasa sedih dan sebak. Pemergian mereka ke rahmatullah mengingatkan aku kat arwah kawan baik aku iaitu kak ros.
11 nov. 2004, aku akan ingat tarikh ni sampai bile2. 10 nov. 04, hari tu hari terakhir aku keje sebelum aku balik kpg utk sambut raya puasa. Hari tu, masa rehat tengahhari dan lepas rehat, aku cam malas sikit nak buat keje. Aku lepak kat bilik kak ros. Masing2 mood nak cuti raya. Lagipun aku dah lame tak sembang dgn kak ros coz biasanye aku akan sembang dgn dia time breakfast dan lunch. Jadi disebabkan bulan puasa, kami pun agak kurang sembang cam biasa dan fokus dgn keje je. Lagipun keje banyak time tu & kalo boleh nak settlekan byk kes sebelum cuti raya. Tapi hari tu, aku rasa aku mcm nak temankan kak ros sembang je. Nak dgr macam2 crite dr die. Hari tu aku ada gak dok fikir lepas balik dari cuti raya nanti, aku nak habiskan byk masa aku dgn die coz 1 dis 04, aku kena pindah ke perak. Kak ros sedih sgt aku dpt pindah ke perak. Hari tu dlm pkl 4petang lebih, kami satu ofis buat sesi mintak maaf cam biasa bila nak raya termasuk la aku dan kak ros. Petang tu , aku, kak ros dan winda cam biasa balik lambat. Masa tu kak ros hadiahkan aku something sebagai hadiah bile aku pindah perak tapi aku tak bukak. Saje die bagi awal pasal die kata die nak aku gune time raya. Aku tak tau die bg apa dan aku pun x tahu kenapa aku tak bukak time tu. Macam biasa petang tu, aku tumpang krete husband kak ros sampai stesen lrt asia jaya. Aku rasa cam pelik bile kak ros ckp kalo aku x nak tumpang die pun tak pe berbanding kebiasaannya dia akan ajak aku balik tumpang krete
husband die sampai stesen lrt asia jaya. Tapi aku x ambik pot pun pasal tu. Masa kat lrt, aku baru terbukak hati utk tgk hadiah yg kak ros bagi. Aku terkejut dan sayu bile tgk kak ros hadiahkan aku telekung sembahyang. Entah kenape masa dlm lrt tu, hati aku risau semacam fikir ttg kak ros. Aku takut something happen kat kak ros. Sampai kat rumah pun aku dok fikir ttg die. Aku takut apa2 berlaku kat kak ros pasal kak ros bagitau aku dia nak ke kl mlm tu utk cari baju kurung raya utk anak die. Time tu byk sgt kejadian pokok tumbang kat dlm kl sampai ada kes yg meninggal dunia kerana ditimpa pokok tumbang. Hati aku jugak time tu dok berkata-kata yg aku amat2 sayang kat kak ros dan sedih fikir yg aku dan dia nak berpisah jauh. Masa tu.... aku janji dlm diri aku yg aku akan contact kak ros selalu walopun aku ni jenis pemalas nak call2 org bile dah pindah perak nanti.
Pada 11.11.04, aku gi hentian duta utk balik raya. Tiket aku dlm pkl 10 pg kalo x silap. Masa dlm bas time bas tinggal berape minit nak jalan tibe2 winda call aku. Suara die tak jelas. Apa yg aku dgr hujung2 je...... dan aku cume dgr dia ckp kak ros meninggal. Masa tu... aku ingat emak kak ros yang meninggal dunie. Aku tak le terkejut sgt coz aku mmg tau emak kak ros sakit. Dah banyak hari kak ros jaga mak die kat hospital dan terpaksa bermalam kat hospital. Aku tau ttg tu. Tapi kemudiannya winda ulang balik apa yg die ckp dan aku terkejut. Aku pun tanya die berulang kali utk pastikan apa yg aku dgr dr mulut die. Kak ros dah meninggal dunie? Bile winda iyekan.Aku mmg betul2 terkejut. Aku tak tanye winda byk coz aku dah terkejut sgt time tu. Aku dok fikir kak ros meninggal dunie kerana eksiden. Aku dok fikir kenapa la husband kak ros x bawa krete dgn hati2. Aku tak tau nak buat apa time 2. Nak nangis cam tak buleh. Kepala & jiwa aku rasa kosong time 2. Setelah beberapa saat, aku call winda balik tanya apa yg patut aku buat. Winda tanya aku, bas dah jalan ke tak? Aku ckp belum. Dia suruh aku turun. Masa tu bas yg aku naik tgh nak mengundur utk keluar dr platform. Apalagi aku tarik bag aku dan ckp nak turun. Checker tiket dan driver bas tanya aku kenapa aku nak turun. Aku ckp ada org meninggal. Sebaik aku turun dr bas, aku mencangkung kat kawasan tu jgk dan terus nangis tanpa sikit pun simpan rasa malu. Mesti org pelik tgk aku time tu pasal sume org happy nak balik raya tp aku tibe2 je nangis. Bile dah ok sikit, baru aku tarik beg aku kat tempat tunggu teksi dan balik rumah coz nak hantar beg aku. Depa kat rumah terkejut. Anak angkat kak ani (adi) hantar aku dgn krete ke hospital universiti(UH). Kat sana aku jumpe winda. Baru aku tau yg kak ros bukan meninggal sebab eksiden. Apa yg aku tau dr winda... lepas sahur, arwah yg dok sembang dgn suami die ttg apa yg mereka nak buat hari tu sementara tunggu subuh tiba2 die rasa badan die tak leh gerak. Bile dia bagitau husband die, husband die g kat die dan kemudiannya die terus dah x sedar. Apalagi lepas tu, husband die angkat die & cube bawak die ke klinik area kota damansara tp disebabkan hari tu deepavali, jd sume klinik tu tutup. Pastu husband kak ros drive ke subang jaya medical centre dan doktor sahkan kak ros dah meninggal dunia. Disebabkan sume org nak tau punca kematian arwah, jd terpaksa buat post mortem. Post mortem buat kat uh. Jadi aku dan ramai lagi kawan2 dan saudara arwah dan husband arwah tunggu kat uh. Dr laporan post mortem, arwah disahkan mengalami kejadian dimana darah x sampai ke otak. Puncanya mungkin disebabkan stress. Lepas post mortem, arwah dimandi, dikafan. Masa mandi tu ada tag kat mayat arwah yg tunjukkan tarikh & masa arwah meninggal dunia dan tag tu telah diberi oleh depa yg tolong mandikan jenazah tu kat aku. Tag tu aku simpan sampai sekrg dan benda tu la yg senantiasa ingatkan aku bahawa kak ros dah meninggal dunia. Aku juga dpt cium dahi arwah masa dia dikafankan. Arwah jgk disembahyang kat situ dan kemudiannya disembahyangkan sekali lagi kat masjid berhampiran rumah emak arwah kat selayang. Aku follow sampai kat rumah tersebut tapi aku x ikut sampai kubur coz kawan-kawan yg lain dah nak balik. Aku tumpang krete harun sampai lrt bangsar dan pastu g pudu utk beli tiket utk balik kpg esoknya. Nasib baik ade tiket. Malam tu puan sari, ex bos aku dan kak ros call aku. Sekali lagi aku nangis. Memang kita orang rapat dan puan sari mmg tau aku makin kamcemg dgn arwah, apatah lagi bile puan sari kena pindah ke kota bharu. Aku mmg tak akan lupa peristiwa ni. Raya tahun tu mmg aku x sambut sgt dan dok berkurung dlm bilik dan tak gi mana2. Byk kenangan aku dan arwah masa kat ofis di pj. Berkongsi makan sama2, g jln2 time waktu rehat hari jumaat sama2, tumpang krete husband die dan hari jadi anak die yg sulung (hafiz) pun sama tarikh dgn aku...7 jan. Kak ros selalu ckp perangai & kesukaan aku dan
hafiz sama. Sedih betul bile ingat tu sume sampai aku x lalu nak makan kat pantry lagi dan first day keje pas cuti raya, aku masuk bilek kak ros dan nangis gile2. rindu sgt kat die time tu. Lepas tu, aku x sanggup nak masuk bilek kak ros coz pasti rasa nak nangis terutama bile lepas kematian arwah, bilek tu diguna oleh fauzi. Aku x sanggup tgk org lain dok bilek tu coz byk kenangan antara aku & kak ros kat situ. Nasib la aku mmg kena pindah perak pd 1 dis tu... kalo x, mmg payah utk aku terus keje kat situ tanpa kak ros. Aku percaya Tuhan tahu aku mmg tak kuat utk hadapi kenyataan ttg pemergian kak ros dan kerana itu Tuhan telah menolong aku dgn permudahkan permohonan pindah aku ke perak terlebih dahulu sebelum kak ros meninggal dunia. Tinggallah kak ros dlm kenangan aku sampai bila2 & tak akan hilang. Tuhan jgk telah memberi kesempatan utk aku melakukan sedikit bakti utk anak2 kak ros bile aku terpilih utk ambil kenyataan suami kak ros bagi membolehkan anak-anak kak ros menerima pencen bulanan sampai mereka berumur 21 thn masa husband kak ros dtg ofis utk ambil brg2 kak ros kat ofis. Alhamdulillah jugak dgn izin Tuhan, aku dpt peluang kemas brg2 kak ros sebelum husband die dtg ambik. Dan lagi satu.... sampai sekrg aku masih guna telekung sembahyang yg arwah kak ros bagi. Sehingga skrg jgk.... aku cuba menguatkan hati aku menerima pemergian arwah dgn redha. Al fatihah utk arwah kak ros. Moga dia juga ditempatkan dlm golongan org yg beriman. Amin

Thursday, December 27, 2007

Anak halal


Anak halal.....aku terbuka hati nak tgk crite ni lepas baca byk komen positif ttg filem ni dr org2 yg telah menonton filem ni. Jadi.... dgn rasa x sabar, aku ambik keputusan utk tgk crite ni kat panggung dari tunggu vcd cam selalu. Dan akhirnya setelah menilik.... 25 dis adalah tarikh yg
paling sesuai utk aku tgk crite ni. Dan seterusnye di panggung.... apa yg berlaku kat aku. Hmmm.... awal2 crite lagi dah buat aku sedih tau...benci osman ali ni tau....buat aku meleleh je.
Sedih tau tgk camne putra leh terpisah dgn bonda die... hehehe...nampak sgt aku ni berjiwe sentimental. Tak kisah la tu.... tapi aku mmg menghayati crite ni. Segala rasa ada kat aku masa tgk crite ni.... sayu... sedih... geram....marah...suka.... sakit hati....kelakar...kesimpulannya macam2 rasalah. Tak dinafikan masih ada kelemahan di samping nampak agak ganas tetapi sume tu adalah begitu logik utk dikaitkan jln critenya yg mmg menarik dan lakonan mantap semua pelakon seperti farid kamil, maya, fasha, raja farah, bront,adiputra,rosyam, zulhuzaimy, fauzi,jehan, mislina, fizz fairuz, kartina aziz, remy ishak, ahmad tarmimi & aziz sattar. Crite ni menjadikan aku merasakan setiap watak dlm crite ni penting. Bagi aku.... tiada istilah tempelan utk mana2 watak dlm crite ni. Ayat2 yang digunakan dalam crite ni pun bersesuaian dgn setiap watak. Lagu2nya pun sedap. Hmm.... lagi satu... crite ni mmg byk gaduh2 & kelihatan seolah ganas tetapi semuanya ada pengajaran seperti makna sebuah persahabatan (ceh...cam jiwang lak... tapi aku mmg jiwang pun..ngeh..ngeh..ngeh...) dan jgk antaranya masa dekat nak habis part rosyam nor(hisham) dgn farid kamil(putra). Masa tu.... rosyam baru tau yg farid kamil tu adalah anak dia. Hati aku time tu dok kata..... sesungguhnya apabila ingin membuat kejahatan itu.... berfikirlah..... kerna mungkin org2 yg kita sayang akan mendapat akibatnya dari perbuatan kita. Ceh... sempat lagi kan. Apa2pun tahniah utk team anak halal. Kalian membuatkan RM8 oppp.... RM24(termasuk 2 org anak sedara) yg aku keluarkan utk menonton filem ini begitu berbaloi. Aku rasa teamwork kalian yg terlibat dlm filem ni mmg hebat. Bravo. Untuk yg bakal menonton atau yg telah menonton.... kite lihatlah filem ini dari sudut pengajaran di sebalik keganasan yg wujud dlm crite ni kerana mengikut pandangan saya.... terlalu byk kisah kehidupan hari ni berpunca dr masa2 lalu yg tragis... bersyukurlah kepada Tuhan atas segala apa yg kita terima dlm kehidupan kita hari ni tak kira bahagia ataupun derita.

Wednesday, December 26, 2007

Kepenatan

Sejak krismas sampai hari ni rasanya jadual hidup aku cam penuh je. Penat je rasanya.
Tapi.... sendiri gak yg cari, sendiri tanggung la. Pagi 25 dis., gi ipoh pasal ada discussion
utk assignment etika perniagaan. Dua org anak sedara aku ikut pasal depa nak balik kg.
Jadi aku offer utk htr depa sampai ipoh. Tapi disebabkan discussion pkl 3-4 ptg, so aku
cadang nak tgk anak halal. Tanya anak sedara & depa pun nak ikut. Apalagi pecut la psl
takut tak sempat. Aku kemudiannya decide utk tgk anak halal kat gsc ipoh parade psl
kat situ rasanya senang sikit nak dpt parking. Tapi bile sampai kat ipoh parade...huh...
hampeh gak. Mmg payah nak dpt parking. Jenuh pusing byk kali & akhirnya aku
berjaya parkingkan kereta aku di tempat yg x sepatutnya.hehehe. Bila gi kat kaunter gsc,
just nice. Anak halal start pkl 12.30 tghhari. Time tu baru jam 12 lebih sikit. So, aku gi speedy
pasal nak cari vcd mila masa konsert af5 tapi x de lak kat situ. So, patah balik ke gsc.
Sempat gak usha2 minyak wangi...hmmm...cam nak beli je. Normally time krismas, ada
offer utk minyak wangi. Tapi memandangkan aku baru je tukar ekzos kereta aku yg
bocor tempoh hari, jadi aku pun terpaksa kansel nak beli minyak wangi.
Lepas tgk anak halal, aku terus pecut g hantar anak sedara ke bus station pasal takut aku
lewat sampai kat rumah Hadzrin utk discussion nanti. Sampai rumah hadzrin, cam segan
lak nak masuk. Call siti tp rupenya tuan asp tu kat kedah la plak. Dia x join discussion coz anak sedara dia kawin. Lgpun dia dah nak pindah kl 27 dis ni. Hmm.... x dpt nak jumpe tuan
asp tu sebelum dia pindah kl. I'll miss u siti. Discussion ptg tu hanya ada aku,hadzrin, din dan zul. Hmm.. nampaknya aku sorang je pempuan kat situ. Opp... jgn salah paham. Bini hadzrin pun ada tp x join discussion tu la. Bini dia mmg baik & mesra. Diskus sampai pkl 6 lebih. Time nak balik, g singgah kat megoplek psl nak cari kotak utk simpan present utk sorang bernama M.
Pastu g drive thru mcd pasal dah kebulur sgt time tu. Maklum mkn time pg je td. Jadinya
sambil drive balik rumah, aku pun melantak fun fries. Jem la plak. Nampak mcm kat
plus highway pun jem, so continue je ikut jln lama. Aku sampai rumah dlm pkl 8 lebih. Penat
giler. Lepas ni aku nak crite pasal apa yg berlaku kat aku masa tgk crite anak halal. Jeng...jeng...jeng.... opp... cam azwan ali kat hitz 1 je

Monday, December 24, 2007

Baru nak blaja





Hmm.... tak tau nak tulis apa. Baru nak blaja benda2 ni sume.
Baca org punya cam best je. Tapiiiiiiii.......... bile buat sendiri,
cam tah apa2 je..ahaks. Gambar kat atas tu pun dah salah letak
la plak. Ngeh...ngeh...ngeh.... Nampak sgt baru blajar. Ok le...
nak story pasal gambar tu la utk first stori ni... Gambar tu aku
ambik kat fairle estate cameron highlands... aku g sana pasal
keje la.... kalo x, rasanya mau fikir 5 kali utk g sana. Bukan apa,
jalannya punya la dahsyat. Mau terkeluar segala isi perut aku.
Dah la aku kena naik lori... pasal x sanggup aku nak menjahanamkan
kereta kesayangan aku. Tapiiiiii tempat tu wa cakap lu.... mmg
cantik. Lagi2 bila tgk pokok2 teh yg menghijau dan di celah2nya
ada batu dan air yg mengalir. Tapi aku x sempat nak ambik gambar
kat situ pasal lori yg aku naik tu goyang sgt. Mau tercampak hp aku nanti.
Kan ke naya. Lagipun lupa lak aku nak suruh lorry driver berhenti jap
utk aku ambik gambar. Tapi nak bagitau korang la.... percaya tak...
kat tempat aku berdiri ambik gambo ni sebenarnya adalah ofis estat
ni. Dahsyat org putih ni. buat ofis tgh2 hutan rimba. Dari situ, leh nampak
kampung org asli tau. Eh... lupa, kat situ gak ada banglo milik pemilik
ladang ni kalo tak silap. Tgh hutan gak. Dahsyat kan.....