Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Wednesday, October 27, 2010

Selamat ...........

InsyaAllah jika tiada apa2 yang menghalang.... lusa.... aku akan bercuti dgn sorang kawan ke Trengganu. Dah lama x ke Trengganu sebenarnya..... hmm... dah bertahun-tahun. Tapi aku x pasti dgn perasaan aku sendiri..... agak keliru.... suke tapi ada sesuatu yg aku risaukan. Tak tahu la..... sejak berapa menjak nie byk benar perkara yg x baik yg aku fikir & kemudian membuat andaian yg bukan2. Harapnya tiada apa yg buruk berlaku. Doakan yg baik2 utk aku yer..... dan harapkan pemergian aku nie akan ada kembalinya & semoga uols yg membaca atau terbaca blog nie pun baik2 saje. Dan utk itu.... terima la hadiah dr aku nie..... lagu For the rest of my life nyanyian Maher Zain. Antara lagu kegemaran aku..... membawa hati aku terbang entah kemana..... haha.... ayat jiwang..... ambik ko...hehe.

Friday, October 22, 2010

Maher Zain~ Insha Allah

Kebelakangan nie kalo drive.... lagu nie la yg selalu berkumandang dlm kete aku.... aku mmg dah lama x dgr mane2 radio..... malas dgr bebelan para DJ gan iklan sume...... Best lagu nie.... menyentuh hati..... insaf sekejab... Hmm.... Allah mmg selalu bersama kita kan..... kita jer yg selalu lupa akan Dia...huhu... oh ya.... berckp pasal Maher Zain.... ada sesuatu yg kelakar ttg Maher Zain..... ada ke die follow aku dlm twitter..... menyengih aku dibuatnyer.... hehe....

Wednesday, October 13, 2010

Durian Belanda~Penawar Kanser


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi. Utk makluman, artikel nie saya terima melalui emel.... jd sumber awal tidak dpt dipastikan dr mana.

Monday, October 11, 2010

Jalan2

This month..... agak penuh gak aktiviti aku setiap kali hari cuti sabtu & ahad..... 2 minggu lepas gi bidong, kedah coz kawan aku masa sama2 study kat usm kawin pastu minggu lepas ex ofismate aku yg dah pindah ke pj branch (huhu...ofis lama aku) kawin gak... ramai betul org kawin bulan okt nie walopun belum cuti sekolah. Die org pasir mas bermakna aku ke kelantan la minggu lepas.... sempat bershopping kat rantau panjang.... byk gak la membeli belah tp lebih kpd barang2 rumah la kali nie. Beli periuk bagai cam la aku rajin beno memasak...huhu. Lepas bershopping kat Rantau Pjg, gi Kota Bharu coz dah booking rumah rehat tempat keje aku kat Renaissance Hotel. Best hotel tu.... breakfast die best... memang kenyang la....sampai x payah nak makan tengah hari.... kami cuma singgah makan laksa kat tasik raban, lenggong..... sedap giler laksa die. Sempat gak beli ikan pekasam kat situ yg kebetulan kluar dlm majalah 3 sebelum tu...huhu... trus beria kami dok cari ikan pekasam tu...hehe. Hmmm.... sebelum tu masa lalu Grik, terperasan Restoren Riz yg terletak menghala ke Lenggong selepas pekan Grik. Tapi restoren tu tutup, jadi x la menyinggah lagipun masing2 mmg still kenyang.


Tasik Banding



Keadaan bilik hotel yg berselerak..huhu



Sebahagian pemandangan bandar Kota Bharu diambil dr Renaissance Hotel

Hotel Renaissance, Kota bharu

Ok la... setakat tu jer.... hujung bulan nie insyaAllah aku akan bercuti ke Trengganu gan kawan.... bukan la byk duit tp sebab dah ada kemudahan, maka gunakan saje....betul tak??

Thursday, October 7, 2010

Jue Aziz dlm Anggun Aromaterapi (TV2 ~sabtu,6.30am)

Sejak 2 minggu lepas.... hari sabtu mmg aku pastikan aku solat subuh sebelum jam 6.30pagi coz nak tgk Jue Aziz dlm Anggun Aromaterapi. Tak sangka Jue boleh jd pengacara...... kiranyer serba boleh la.... bagi aku....best rancangan Anggun Aromaterapi nie.... leh tgk spa2 yg cantik kat negara kita nie.... beruntung Jue.... bukan senang tau. Dan kat bawah nie sedikit yg sempat aku rakam la.... sebenarnya x cadang nak rakam.... tu yg kelam cuma sempat rakam sikit.... tgk la... mungkin lain kali aku akan rakam lebih lama sikit.... tp minggu nie.... aku pun x dpt tgk coz nak kena gi kawan kawin kat Pasir Mas, Kelantan... lepas subuh jer trus kena pegi.... mood sedih nie coz x dpt tgk...dah la x de ulangan....isk...isk... Tapi x per la kan.... demi kawan..... Meh layannnnnnn.

Monday, October 4, 2010

Love Is Blind~ Ramzi ft Ash King

First time dgr lagu nie through FB Jue Aziz..... trus tersuke & jatuh cinta gan lagu nie.... haha... love is blind right??? huhu. Meh layannnnnnnnn









ps: saje jer aku tepek 2 versi coz yg atas tu betul2 official video lagu nie manakala yg bawah tu plak versi yg ada lirik...boleh ler nyanyi sama2 kan... menyumbang sore yg dah sedia sumbang.... ahaks