Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Wednesday, April 30, 2008

Riz Di Mata Aku





Gombor Riz yg hensem & manis
Kredit : Mrmanager ( Vern) – www.mrmanager.blogspot.com

Riz….. lelaki ini secara perlahan-lahan telah menarik perhatian aku utk minat kat dia. Memang mula2 aku tak ambil pot tentang dia. Tak tau la pasal apa. Aku cuma tau yg riz sekapal layar dgn aku…. Org perak. Tu ajer. Maybe gak pasal badan die yg terlebih berat tu buat aku hilang mood nak tgk die. Hehehe. Jahatnya aku. Apa2pun…. Aku sedar masa konsert pertama AF6… riz antara pelajar yg mempunyai suara yg sedap dan membuat persembahan yang menarik. Tapi masa tu aku lebih terpukau kat nadia. Lagi pun sejak AF1…. Pelajar AF yg mudah menarik perhatian aku mesti student perempuan. Pasal tu kadang2 aku rasa cakap2 yg mengatakan org perempuan mesti undi budak lelaki dan yg lelaki undi dak perempuan tu macam tak praktikal la utk aku. Okey…. Bercakap pasal nadia, aku mmg suke kat die tapi macam yg pernah aku cakap sebelum nie… aku tak pernah teringin nak undi die. Just suke mcm tu jer. Konon2nye la aku cakap…. Aku tak nak undi sapa2 la tahun nie. Cakap besor tu…. Hehehe. Tu la kan. Aku prasan kan…. aku nie mmg tak leh cakap lelebih…. Coz selalunya la kan…. aku selalu dpt cash punya balasan. Hehehe. Padan muka aku. Pasal tu la kan…. aku mmg cukup fobia bab nak kutuk2 org nie. Takut nanti kena muka sendiri.
Okey la. Go back to riz. Kisah mama rina dan riz secara tak langsung menarik perhatian aku apatah lagi biler org asyik dok kutuk riz macam riz je la yg salah. Aku mmg pantang bab kutuk-kutuk nie…. Aku mudah rasa kesian. Jadinya pastu aku mmg lebih berminat nak tau tentang riz. Yg buat aku makin suke tu, biler setiap kali konsert riz pasti ada peningkatan atau sekurang2 konsisten dan pastu die kelihatan comel jer dlm dairi terutama biler die bergurau senda dgn cik kutip. Hehehe. Meriah tu. Oh ya kan….. ni lagi satu hal. Seingat aku la kan…. aku rasanye tak peronah le nak gelar org yg badan besar2 nie comel tapi biler tang si riz tiba-tiba jer le aku rasa die comel. Mmg le aku dah berubah 180 darjah.hehehe. Satu benda jer yg telah mampu mengkontrol perasaan terlebih suke aku kat si riz ni ialah masa konsert 1-5 AF6, aku mmg tengah demam periksa. Jadi terpaksa le buat2 baik sikit time tu. Aku pun belum undi riz utk konsert tu. Kontrol beb jgn tak kontrol. Hehehe. Dlm hati Tuhan jer yg tahu. Pasal dah terlepas cakap punya pasal dan juga hormat hari yg aku periksa. Ngehngehngeh.Tukar stail gelak buleh. Tak pe la kan. Gelakkan diri sendiri. Pastu kan masa konsert ke 6…mmg tak leh control. Nasib le kat rumah cume ade aku dan apak jer. Tak cukup hp… telefon rumah pun aku tibai. Dah la fon rumah aku tu sebenornye rosak. Bising. Ngeng bunyinya tapi aku buat2 dgr jer walopun dpt dgr sikit2 suare operator telefon tu. Yg penting time tu aku dail 13710 09. Hehehe. Byk kali le jugak. Cam tak betul dah aku nie.
Hmm… pas konsert ke6… aku rasa cam makin ramai org cuba nak kondemkan riz terutama kat forum cari tu. Kesian riz. Dia tak tau apa2 pun. Sabar je aku. Pasal tu la aku malas nak join kat sana. Boleh dpt darah tinggi lak aku nanti dok sabar menahan org ngutuk riz. Teruk sgt ke riz tu. Rasanye sume org ada sifat baik dan buruk masing2 cume kita nak mengaku dgn edak jer. Aku penah baca kat mana tah yg riz nie sebenonye bekas pelajar Sek. Agama izzuddin syah kat ipoh tu. Sekolah tu popular tau kat perak maklum la antara sekolah agama berasrama penuh yg terawal kat perak. Aku penah sekolah kat sekolah teknik persiaran brash ipoh yg mmg ler berjiran dgn sekolah tu. Budak2 lelaki sekolah aku mmg sembahyang jumaat kat sekolah tu. Pastu tu dak sekolah aku dgn sekolah izzudin mmg selalu outing kat taman cempaka. Jadinye apa yg aku perasan budak2 izzuddin syah mmg le muka baik compare budak lelaki sekolah aku tu yg kalo ikut lecturer aku dulu…. Budak2 teknik mmg ada mcm2 teknik. Hehehe. Jgn mare ye kalo ada dak teknik yg terbaca aku punya post nie. Tapi masa time aku sekolah teknik…. Sekolah vokasional belum ditukar jd sekolah teknik lagi. Jadi masa tu mmg tak byk sekolah teknik lagi tau. Eh…Nampak beno aku nie dah tak berapa nak mude lagi.hehehe. Jadi apa yg aku nak cakap… aku rasa riz nie mmg ada ilmu agama kat dada die cume bukan le die nie alim ke. Cume utk diri die, aku rasa ilmu agama yg die ada sekurang-kurang boleh la die guna utk die nilai apa yg baik dan tidak baik dan tidak buat apa2 yg seperti dituduh org(lu fikir le sendiri apa org dok ckp pasal riz) dan aku jugak rasa riz nie sesuai le jugak utk dibuat laki.hehehe. eh…bukan aku cakap aku nak die jd laki aku. Riz tu pangkat adik la utk aku. Aku cume dah terangau kat suare die pastu…. mata die pastu…. Hidung die pastu… senyum die… alamak terlebih sudah.hehehe

Saturday, April 26, 2008

RIZ.....RIZ....RIZ




Riz….. rasanye cam nak pecah dada aku nak tunggu Riz nyanyi utk konsert ke6 nie…. Dari siang tadi… aku sampai tak lalu nak makan. Cam seribu tahun lamanye sesuai dgn tajuk lagu yg riz nyanyi. Sampaikan aku tak leh focus persembahan student AF6 yang lain. Jadi aku tak leh la nak ulas persembahan mereka tu. Just Riz jer utk kali nie yer. Dan biler jer aku tengok Riz nyanyi lagu seribu tahun tu…. Tak sedar bergenang gak airmata aku. Cair beb….sungguh2 cair aku dibuatnye. Walopun mmg ada part yg tak ok…. tapi…. Macam aku pernah bagitau sebelum nie…. Riz selalu buat yang terbaik jadi semua orang memberi harapan yang tinggi kepada die. Kesilapan kecil macam satu salah besar utk mereka. Harap mereka yg memang saje cari silap engkau sedar….. rasanye persembahan awak bukan la yg terburuk jika nak dibandingkan dgn persembahan mereka yg lain. Biar la mereka riz. Jadikan ianya semangat utk engkau terus berjuang dalam AF6. Apa2pun aku tetap bangga dgn engkau Riz. Senantiasa berusaha utk buat yg terbaik lagi ye. Awak tak menghampakan kami peminat2 awak sebenarnye selain daripada si Jasmi Rejab yang dok bagi awak fesyen rambut dan pakaian yg tak sesuai gitu. Hmmm…..Syukur Alhamdulillah….. kau selamat lagi minggu nie. Minggu depan buat yg lebih baik lagi ye Riz. Undi aku utk engkau je sekarang Riz. Aku dah lupakan yang lain. Sampaikan anak sedara aku pun dok cakap masa dok tgk ulangan konsert ke5 AF6. Riz…pakwe acik dah nak nyanyi. Huh…. Giler ape. Orang minat gitu2 je lah. Tapi…. Tahap angau gak la dgr suara die. Ngehngehngeh. Marah peminat riz yg lain. Apa2pun AFUNDI RIZ.

Moga berjaya Riz

Beberapa menjak nie….. mmg banyak benda yg menyedihkan aku…. Ye ler…. Mula2 handphone aku rosak… pastu laptop aku lak…. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa…. Ni yang buat aku nangis tak habeh nie. Nasib ada gak benda yang buat aku happy….. first….. aku dah habih exam…. Horeey… merdeka…. Second…. Rizzzzzzzzzzzz. Angau dah aku dgn si Riz nie. Tak sangka kan. Mula2 aku minat kat nadia…. Tapi aku langsung tak undi nadia. Tapi bile Riz perform best setiap konsert…. Perasaan minat dan suke aku leh berpindah lak kat si Riz. Yang paling aku tak sangka…. Aku ingat aku tak nak afundi sapa2 pun. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii….. Riz telah ubah fikiran aku. Tak sanggup aku tuk tgk die terkeluar. Die terlalu berbakat. Cayor aku akhirnya bile dengo suara die. Rizzz….. harap engko perform best lagi hari nie. Walopun aku tau…. Ko mesti stress pasal skrg nie semua org dok harap engko perform bagus lagi cam selalu. Buat silap sikit mesti semua org akan tgk tu sebagai kesilapan besar ko terutama yg anti ko. Sabar je la Riz. Org yg berusaha pasti akan berjaya gak akhirnya. Aku tgk ko biler time belajo mmg ko belajo betul2. Serius je. Bangga aku dgn ko riz. Cume aku sedih sikit la sekarang nie pasal bajet aku untuk ko agak kurang. Sian kat aku tau riz…. Aku terpaksa beli handhone dan laptop baru. Doakan aku dpt duit arrears gaji aku cepat2. Leh aku undi ko banyak2. Ko pun buat elok2 ye riz. Lagu seribu tahun tu ramai org suke…. Kalo ko buat best mesti ramai yg cair dgn ko nanti. Moga kau Berjaya ye Riz. Amin

Sunday, April 20, 2008

Konsert ke5 AF6

Hmmm…… camne kome dgn konsert ke5 AF6 semalam????? Bagi aku.Entahla kan. Sampai la ni persembahan yang aku masih dok ingat cume persembahan Riz, Stacy dan Nadia. Tiga serangkai yang masih lagi payah nak dilawan oleh budak2 AF6 yg lain. Eh…. Lupeeee….. Tak sesuai nak sebut budak2 AF pasal mak org pun ada la kat AF6 nie. hehehe. Pasal persembahan terbaik semalam…… susah aku nak putuskan sapa yang terbaik antara Riz dan Stacy. Genre musik yang depa nyanyi semalam tak sama jadinya payah le aku nak nilaikan. Lagipun aku nie bukan cikgu vocal yg tau serba serbi pasal suara nie. Apapun yang pasti Stacy mmg lincah ya amat semalam. Comel je die kan. Aku rasa lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nie telah berjaya menarik perhatian aku pada Stacy selain daripada lagu Rela tu. Riz pulak…….. since aku dah tersuke kat die. Mmg aku rasa risau betul ttg die. Takut die tak perform bagus. Aku sampai siap bismillah banyak kali bile Riz mule nak nyanyi. Macam le aku yang nak nyanyi kan. Lawak….lawak.Hehehe. Apapun riz mmg berjaya membuatkan aku terpegun. Suara yg hebat bagi aku dan die juga mampu nyanyi pelbagai genre musik. Dan…… die pun hensem bangat malam tadi. Baju dan solekan yang agak bersesuaian. Celak tu semakin menyerlahkan mata die yg menggoda tu. Dan dgn biasnye jugak(tapi logik le jugak kan)….. aku nak bagitau le yg persembahan terbaik jatuh kat riz. Ngehngehngeh. Jgn mare ye. Nadia…… masih bagus jugak walopun tidak sehebat Riz dan Stacy. Kesian die…. Kena pakai baju yg tah apa2 tu. Nampak gemuk la pulak. Solekan pun tah apa2. Geram tau aku dgn si Jasmi anak Rejab tu. Pastu kena pakai kasut tumit tinggi ya amat. Nampak Nadia cam berhati-hati je nak buat sebarang pergerakan. Entahlah…. Tak tau nak cakap la. Aku sebenonya sukeeee stail elyana nyanyi lagu tu dgn pergerakan die yg natural dan brutal tu daripada menggedik. Tak sesuai la. Nasib baik suara nadia jd penyelamat. Apa2pun nadia still top three di hati aku. Redah jerrrrrr.
Okey…..pasal persembahan mereka yg lain. Hmm….. entah la kan. Alif mule2 cam gempak jer tapi pastu cam lupe lirik je. Adeh. Biler adam masuk lagi le. Nampak sangat die nari tak segempak adam. Tapikan…. Undi die tinggi bebenor. Tak sesuai langsung dgn persembahan die. Kan? Kan?Kan? Toi lak…. aku rasa die macam tak prepare je camne nak berinteraksi dgn penari-penari wanita die tu. Dah la suara biasa2 jer. Menjadikan persembahan die tak menarik untuk aku. Mama Rina….. bagi aku die nie mmg boleh menyanyi tapi hanya sekadar menyanyi la. Tak de tarikan utk aku. Tapi kalo nak dibandingkan die dgn nubhan, toi, saida, alif. Okey la kot. Stanley….. hmm….. aku rasa die ada peningkatan la berbanding konsert sebelum nie dari segi kawalan suara. Tapi masa perform depan pengetua rasanye lagi best kot suara die. Die nervous lagi kot atau pun mmg badi pentas. Nubhan….. suara die mmg ada kelainan tapi sayang die tak pergunakan sebaiknya. Tarian die sebelum nyanyi dan masa lagu nak habis tu cam tah apa2 jer. Tak sesuai tau bagi aku. Agak2nya die nak ikut rain kot. Tapiiiiiii tak sesuai la dik oooiiii. Saida….. aku ingatkan ada peningkatan pasal masa kat dairi….. boleh aku terima cara die nyanyi. Tapi bile kat konsert tadi…. adeh…. Hancur. Tapi terkejut gak aku bile die terkeluar. Bukan pasal aku ingat die buat best tapiiiiiiiii aku fikir die nie byk peminat sebelum nie. Undian pun leh tahan tinggi gak dulu2 tapi mane gi depa semua tu ye. Hmmm….. tak kisah la tu. Yg penting aku nak Riz, Nadia dan Stacy mesti gi final. Tang lain aku tak kesah. Tak sabar nak tg ulangan konsert. Aku nak tgk depa bertiga jer. Tak puas la…… Daaaaa

Saturday, April 19, 2008

Riz & nadia jeeeee yg aku sukeeee

Semakin hari biler aku dok layan diari af6 tu….. tah camne lak aku semakin sukeee kat si riz nie. First time tau sejak aku layan AF dari AF1 sampai la AF6 nie tiba2 je aku boleh minat kat student AF yang laki. Mule2 aku memang tak ambik pot sangat kat die nie apatah lagi dgn body die yg terlebih berat tu. Langsung tak berapa nak menarik perhatian aku. Nasib baik die org perak, so aku ingat gak la kat nama die tu dan aksi mula2 die dpt masuk AF. Kalo tak mmg babai je la. Aku lebih tertarik kat si nadia. Time konsert pertama, aku mula betul2 perasan kat si riz nie selain dari nadia pastinya. Best gak die nyanyi ketulusan hati tu tapiiii tak cukup kuat utk buat aku tertarik menarik kat die. Masa tu…. Aku dok fikir nadia…nadia….nadia. Mmg aku suke akan suare die dan kecomelan die. Tapi kan aku mmg tak undi die pun. Just suke camtu je. Konsert ke2…. Aku masih belum tertarik lagi dgn riz & nadia pastinya pilihan utama aku. Lagipun lagu separuh masa tu mmg aku tak berapa sukeee. Sebab apa??? Entahlah…. Yang pasti not my taste. Aku suke nadia nyanyi lagu umbrella. Rasanye mmg banyak kali lebih baik berbanding ika yg nyanyi tak habis lagu nie. Konsert ke3…..jeng…..jeng….jeng…. nampaknya bukan je nadia yang macam magnet telah menarik aku tapi si riz gak. Hahaha…. Tak sangka kan???? Aku buleh suke lak kat si riz tu padahal aku pun prasan gak dgn mulut die yang buleh tahan tu. Tapiiii aku rasa riz nie mmg bukan seorang yang suke berpura-pura cam sesetengah org. Die luahkan apa yang die rasa. Krisis die dgn mama tu. Hmmm…. Payah nak cakap. Geram gak dgn produksi AF yang saje je dok tayang bab mama rina dgn riz berkonfrontasi tu. Heeeee….. saje je kan nak buat peminat riz & mama rina bergaduh kan. Padahal aku rasa budak2 lelaki yg lain pun cam tak suke dgn bebelan mama rina. Biasa le budak2 muda. Mama rina kena tegur budak2 tu terutama si riz tu dgn cara yg diplomasi terutama bab makan. Sensitip oooo…. Kalo saya pun….. saya tak sukeeee. Tapi aku rasa mulut mama rina dan riz tu same je. Tak yah le peminat nak kutuk2 sapa baik sapa jahat. Utk riz pun patutnye elok le ade org perihatin bab die makan terlebih tu. Bukan pe…. Aku rasa kalo le riz nie kurus….mau makin ramai org minat kat die. Actually kan aku rasa riz nie mmg hensem….mata die…..senyum die… mmg menarik. Manis tau cume die gemuk je. Apa2pun syukur…. Riz telah menjadi antara pelajar yang menunjukkan peningkatan dan harap benda nie akan dpt membantu undian riz. Tapikan undian nadia pun tak berapa ok gak. Hmmm…. Tak mampu keme nak menolongnye. Harap sgt la riz dan nadia masuk final. Dan tak lupee stacy walopun aku edak le minat kat die. Tapi org yg berbakat cam stacy tu takkan le aku nak kate tak berbakat. Mmg die ada suara yg bagus cume mungkin agak kureng tarikan bagi aku. Lagipun perkara utk suke kat org nie bukan leh dibuat-buat…… datang dari hati tau. Kite akan mencari alasan yang baik2 je bile kite suke kat org tu tanpa melihat keburukan die tapiiiiiii kite pun leh cari alasan yg buruk2 utk kite tidak suke pd sorang tu dan jarang2 utk melihat kebaikan yg die ada. Harap2 aku masih waras berfikir la benda2 macam nie dan tak kutuk org sebarang je. Setiap yg buruk pd seseorg tetap ada kebaikan dan setiap yg baik pd seseorg mungkin ada keburukannye. Apa2 pun undi le RIZ dan NADIA.

Sunday, April 13, 2008

12 april punya cerita

Exam… oh….exam. Hidup aku tak keruan beberapa hari ni. Tido buku….makan buku…. Kiri buku…. Kanan buku. Huh… edak le teman lalu rupa gini. Nasib baik esok tak de exam. Tadi ada dua paper. Pagi dan petang. Lepas exam BI, aku dgn siti gi makan kat chicken rice shop. Hmm…. Berebut nak bayo. Boleh gitu. Maklum bukan selalu dpt jumpe. Last2 siti yg bayo. Siti siap tak bagi budak cashier tu ambik duit aku lagi. Budak tu pun satu….. aku hulur duit aku dulu tapi die tak nak ambik le pulak. Nak duit siti jugak. Siti cakap die belanja pasal die naik pangkat. Hmmm….Tak pe la….Esok2 aku belanja lak. Lagi pun senin nie ada paper International Management. Kami sama2 ambik paper tu tahun nie. Lepas makan…. Siti ajak gi rumah die. Minah nie kan sanggup tak sewakan rumah die tu semata-mata die nak ambik exam kat ipoh walopun die dah pindah kl dan terpaksa sewa rumah kat sana plak. Nak jadi org perak ye siti? Tu la org cakap ipoh mali tatak sombong. Hehehe….. gelak lak aku bile teringat citer siti bile die mula-mula kena keje kat balai polis parit. Ada sorang pakcik tu datang kat balai dok ngadu dlm bahase perak yg pekat. Pakcik tu cakap….. dabal teman udah leboh. Apalagi…. nganga le siti mendengonya. Hehehe. Paham ke kome apa maksud kata-kata pakcik tu. Aku rasa kalo budak perak yg dtg dari area kg gajah, parit dan yg berdekatan…. mesti le paham. Kalo area lain…. Mungkin gak tak berapa nak paham. Tapi kan kakak aku cakap…. Bahasa lama yg ada kat kamus tu banyak yg sama dgn bahasa perak cume cara sebutannye la mungkin lain pasalnye kalo ikut sejarah kesultanan melaka….. dipercayai selepas melaka diserang, dipercayai anak sultan melaka pada masa tersebut telah pergi ke perak dan kemudiannya memerintah di sini dan ada gak yg ke pahang. Jadinye pasal tu la bahasa lama tu sama dgn bahasa perak. Malah bahasa pahang jugak hampir sama dgn bahasa perak di kawasan tertentu cam kuala lipis. Hmm…. Melalut lak aku ni kan? Okey le…. Kalo nak cakap pasal maksud ‘dabal teman udah leboh’ tu maksudnya dompet sudah sudah hilang. Camne??? Ada seakan-akan ke bunyinye. Hehehe. Serupa tapi tak sama. Ok la…. Berbalik pasal citer aku. Lepas rehat jap kat rumah siti…. Aku gi ambik exam hubungan antarabangsa. Siti tak ambik pasal die ambik paper sains masyarakat sebagai minor. Aku lak ambik sains politik. Hmm….Rasanye cam leh jawab tapi berpinor jugak le bijik mata teman. Entah le…. Jawab tetap jawab. Balik rumah langsung tak study lagi. Dok tgk Konsert AF la plak. Hmmm….. faizal terkeluar. Anak sedara aku nangis pasal Faizal terkeluar. Maklum…. Anak polis suke anak polis le jugak. Aku cume tukang gelak je. Jahat tau. Nasib baik bukan nadia & riz yg terkeluar. Hei….. sejak bile lak aku suke riz nie kan. Ngeh3. Kantoi….. Actually kan edak le suke sangat. Cume sebagai support utk anak perak. Boleh gitu. Lagipun teruk sgt org kutuk die. Aku nie kan mmg pelik sikit. Aku mudah kesian pada org yg kena kutuk. Bagi aku…. Kalo nak kutuk org berpada-pada la. Ye la…. Mengutuk org cam le diri sendiri bagussss sangat. Apa2 pun bagi aku….riz dan nadia mmg antara yg terbaik utk AF6 kali nie. Aku rasa lagu marabahaya yg riz kena nyanyi tadi cam susah je. Riso betul part riz kena rap. Tapi aku tgk riz leh buat walopun tak dinafikan mmg ada part yg semput. Harap2 minggu depan riz dpt nyanyi lagu baru die tu. Cam best je dgr hari tu. Pasal nadia lak…. Best jugak tadi…. tapi yg tak best pasal kemerduan lagu nie cam hilang bile suara nadia yg besar tu menjadikan lagu nie cam lagu rentak r&b cam apa yg kak ogy cakap la. Aku setuju part tu. Tapi aku tak setuju ogy malam nie yg serius giler tu. Adlin aman ramli cam best lak malam nie coz buat komen dlm nada lawak la. Ceh…. Sejak biler lak aku jg pengkritik kepd pengkritik nie. Ngeh3. Berckp pasal lagu nadia tadi… tiba2 aku rasa cam nak dgr mila nyanyi lagu tu. Mesti best. Aku dah dgr mila nyanyi lagu pnawar rindu. Merdu giler. Hmmm….. sori dah tersasar lagi sekali. Pasal persembahan org lain… aku rasa cam malas la nak komen pasal aku rasa cam x de yg menarik. Stanly cam biasa terlalu beria-ia hingga hilang kemerduan lagu tu, nubhan lak…. sayang…. lagu tu memang sedap tapi die telah mempersiakannya. Begitu gak dgn faizal, saida, alif. Sayang lak alif nie…. Aku mula nak suke kat die minggu lepas pasal lagu camellia tu dan sanggup jd camellia yg dimarah. Ngeh3. Boleh gitu. Rina…. Agak biasa utk aku. Mungkin sebagai penyanyi yg dah banyak pengalaman, jd aku harap die leh buat lebih baik lagi atau mmg sebab aku tak berapa berkenan gan die. Tak berkenan???? Jeng...jeng...jeng...Entah la…. Aku rasa cam tak sesuai je die masuk af nie. Adeh…. Ampunkan aku mama rina. Stacy…. Hmm…. Pasal lagu die lagu baru. Agak susah jgk kan utk suke lagu yg pertama kali didgr. Jd aku tak nak komen lebih2. Apapun aku rasa die telah cuba yg terbaik. Pasal toi lak… entah lak…. tak tertarik la. Aku lebih suke die jd sultan masa nadia nyanyi coz nampak real cam sultan zaman dulu kala. Hehehe. Redah jer…. Apa keheinye yop. Daaaaaaaa

Tuesday, April 8, 2008

Demam Exam

Semalam first paper aku..... retailing....alhamdulillah rasanya mmg boleh jawab. Harap2 boleh skor. Tinggal enam paper lagi. Seronok gak exam nie. Dapat gak jumpe member2 study. Maklum sejak balik dr penang, kelas kat ipoh tak leh dibukak pasal tukar dari star ke wira jaya. Tapi disebabkan ada problem dgn telekom, jadinya kelas kat wira jaya pun tak leh dibukak. Yg paling best semalam.... dpt jumpa siti & kak safiah. Siti dah pindah kl tapi die still nak ambik exam kat ipoh... kak safiah pulak dah pindah shah alam tapi family die mmg dok kat sri iskandar lagi. Lepas exam, lepak dgn siti, kak mariah, din dan hazrin kat kedai mamak dulu. Hahaha.... aku prasan kan.... sejak pindah kl nie, nampak siti bawak kereta main redah je. Kalo tak, aku pun segan giler dgn tuan asp nie. Bawak krete cermat giler. Hmm... bercakap pasal geng belajar aku ni kan... kami mula2 rapat sejak tahun 1. Itupun pasal subjek statistik. Masa diploma dulu... mmg le aku penah ambik paper nie. Tapi kan byk dah lupa pasal tak guna masa kerja. Lagipun bile dah berumur ni... mmg payah le sikit nak menghafal formula2 nie. Varian.... mod... median.... Itu kira senang le jugak.... Yg lain tu adeh...Lagi pening bile terpaksa belajar sendiri. Jadinye kami kemudiannya cari cikgu luar utk mintak ajar. Dari situ, kami semua jd kamceng. Yg best... geng aku edak le eksyen walopun mmg ada yg udah berpangkat beso tahap2 manager. Sekarang dah tahun tiga. 2008/2009 insyaAllah tahun akhir kami semua. Pejam celik pejam celik.... dah nak habis rupanya. Alhamdulillah tak sangka akhirnya dpt gak aku sambung belajo. Lepas diploma dulu, walopun mmg ada keinginan utk bejo tapi tak sanggup nak susahkan org tua. Rasanya bile belajo gune duit sendiri tanpa susahkan org tua... rasa gembira yg amat. Sambil keje.... sambil tanggung keluarga... sambil belajar.... Doa moga Tuhan permudahkan saya mencapai apa yang saya impikan. Amin. Utk adik2 yg sedang belajar di menara gading tanpa perlu utk bekerja, belajar la bersungguh-sungguh. Tak semua org sebertuah anda. Moga kita sama2berjaya. Amin.

Saturday, April 5, 2008

Byebye

Nak tau tak.... tiba2 je semalam hp aku meragam... terus skrinnye tak leh nampak apa...huwa...sedih betul aku. Bukan apa...tak biasa lak tak terberhenpon nie. So, pg tadi aku gi le kedai hp. Konon2 nak gi repair. Tapinye... seminggu baru leh siap. Adeh... Camne nak hidup tanpa hp nie. Nak tak nak terpakse le aku beli henpon baru. Byebye nokia 6085 aku. Hmm.... Lupa lak nak stori....semalam kan masa henpon aku meragam tu... aku dgn tak fikir pjg telah main tekan2 je henpon aku tu. Adeh lupa la. Kot2 aku terdail atau tersms kat sapa2.... sori la ye tak sengaja. Aku pun tak terfikir masa main tekan2 tu. Tapi bile aku tgk abg cina hardware yg tolong supply barang hardware utk brg rumah yg aku tgh upah abg ipar aku buat kat kampung tu dok telefon aku. Adeh....baru aku prasan. Gila babas betul la. Jenuh le... mesti abg cina tu ingat aku nak order barang. Ampun ye taukeh. Tak sengaja. Hmm...ckp pasal henpon ni kan. Tau2 je henpon aku ni kan. Rosak time aku InsyaAllah dgr citer nak dpt duit arrear gaji dlm bulan nie. Backdated 2004 tu. Baru cadang2 nak beli set bilik tido. Lain lak jadinya. Apa nak buat... Tapi nasib baik gak aku beli henpon tadi. Ptg tadi... tiba2 je nor kawan aku budak melaka mesej aku bagitau ttg topik yg insyaAllah akan keluar utk paper retailing hari senin nie. Lega kepala otak dpt member yg pandai bodek lecturer. Ngeh3. Oh ya...nak tau tak ... aku beli henpon apa tadi. Hmmm...Xpressmusic nokia 5610. Nokia jugak. Biasa la kan... dah biasa guna nokia... jadi malas nak tukar brand lain.
Oh ya.... cakap pasal byebye ni kan. Byebye utk naim dan lufya coz terkluar konsert ketiga AF6 tadi. Tapikan.... aku rasa kan...persembahan naim dah ok sikit. Paling teruk rasanye si Faizal. Apa2 pun aku bangga ngan Nadia pastinya.... mmg best die nyanyi tadi. Dan riz pastinya jugak.... Best persembahan die...nampak gayenya die la satu2nya anak perak yg masih tinggal kat AF6. Harap nadia & riz akan ke final. Hmm.... betul ke muke riz cam nicholas saputra? Aku penah tgk nicholas secara live masa die dtg ke Malaysia utk filem Ada apa dgn cinta....hmm... ada la kot sikit2.Ngeh3.Ohya....Mama rina pun best tadi tapi hati aku belum tersuke kat die... nak buat camne. Apa2 pun aku kecewa sikit dgn persembahan stacy.... syg suara die dah bagus tapi agak mendatar.... maksud aku tiada part yg die cuba utk wujudkan kelainan. Hmm... paham ke apa aku cakap nie. Ala... tak paham jugak....hmm....lu pikir la sendiri.ngeh3. Bahana nabil la ni.

Warisan

Adeh..... musim demam periksa sudah tiba. Dah la keje pun tgh banyak. Sakit kepala ma. Mana satu nak cekau pun tak tahu. Study awal tapi tak berapa nak masuk la plak. Mmg kena study last minute le jugak. Nak buat camne. Tapi dlm sakit2 kepala tu.... sempat gak layan AF. Stori pasal AF minggu lepas.... yg paling aku ingat ialah si stacy..... Maknanya mmg stacy telah buat persembahan yg paling best antara yg lain la pasal aku leh ingat lagi camne feelnya aku tgk die nyanyi walopun dah seminggu. Yg lain agak kureng termasuk le si nadia tu. Aku rasa minggu nie cam si stacy tu akan buat gempak lagi coz cam best je masa die nyanyi dlm dairi. Nadia tak tau la aku.. walopun die calun favourite aku. Tapi kan..... aku rasakan.... af thn nie.... stacy ada peluang utk jd juara. Pertama.... suara die mmg best, so rasanya ramai yg bukan sabahan akan undi die la... itupun kalo depa undi guna sms la & bukannya undi dlm hati cam aku...ngehngehngeh.... Pastu.... pastinya ramai sabahan akan undi die coz kali nie utk pertama kali dlm af.... hanya die sorang org sabah yg dpt masuk af, jadinya sabahan tak pecah undi. Jadi aku rasa peluang die amat le besar. Sori le... aku bukan la nak timbulkan isu kenegerian kat sini. Hanya sekadar pandangan ye dak. Lagipun kalo stacy menang pun.... aku rasa die mmg layak.
Hmm.... gi balik ke tajuk warisan yg aku tulih tu.... aku sebenornya nak korang dgr lagu nie. Entah kenapa sekarang nie aku agak suke dgr lagu nie. Teringat masa aku sekolah dulu.... kalo dgr lagu nie mmg mesti leleh punya. So hayatilah ye....walopun aku rasa lirik nie tak macam yg aku nyanyi masa sekolah dulu. Rasanya yg aku nyanyi dulu2 lagi panjang dr nie.

anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi di pijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa diantara kita
cinta lenyap diarus zaman

indahnya bumi kita
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
kitakan merintis sendiri

jangan buang waktu lagi
majulah raih semua mimpi
hapuskan sengketa teruskan usaha
kitakan gagah dinusantara