Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Thursday, May 8, 2008

Jangan putus harapan



Kalo minggu yg sudah2, aku nervous giler time riz nak perform….. agak2nye minggu nie camne le plak ye. Situasi riz kat dlm gudang AF minggu nie cukup menyeramkan la. Riz.....please belajor
betui2 pastu buat elok2 yer time konsert. Minggu nie antara minggu yg genting tau riz utk tentukan ko masuk final ke tak? Aku sekrang nie tahap nervous mati pulak dah bukan nervous giler lagi. Ingatkan peristiwa Linda yg terkluar masa konsert ke 8 AF2 kalo tak silap aku sedangkan die adalah favourite student utk ke final? Dah la RMS jadi pengetua jugak time tu. Adeh…. Harap sgt jgn benda camtu berulang. Ya Allah…. Kenapa la aku nie banyak sgt fikir ye. Boleh sakit jantung aku kalo camnie. Pada pandangan aku….persembahan riz penting utk dptkan undian atas pagar. Macam aku nie…… tak yah cakap la. Aku mmg akan undi riz jer. Sudah sain kontrak sampai mati katakan. Please la Riz….. jangan la kau putus harapan. Walopun aku tahu lagu laskar cinta tu mmg engko tak suke. Belajar untuk menyukainya….. ah tensennye aku. Riso terlebih dah aku nie. Tak pe la riz….. aku nak tenangkan diri aku sekarang sebelum semakin nazak hari sabtu nanti. Aku perlukan ubat penenang perasaan. Okey la aku nak menjiwang dulu nie dan menghayati riz dgn hati aku. Hahaha. Layaaaaaaaaaaaan.





RIZ


R
Ruang kamar hati ini
Telah terakam alunan suaramu yang terindah
Yang menusuk dan membelai sukmaku
Membawa kulena dan enggan bangkit
Walaupun untuk seribu tahun lagi

I

Impian dan harapanmu ingin kukongsi
Untuk melihatmu gah di sana
Memburu impian yang tinggi
Biarpun penuh halangan berliku
Kan tetapi jika aku di sini
Dan kau sana
Tahu apa yang kita mahu
Kejayaan itu pasti ada
untukmu

Z
Zahirmu tiada kurangnya
Antara ciptaan Tuhan yang terindah
Senyumanmu yang mampu membawaku bahagia
Diammu yang membawa ku rindu
Dan sinar matamu yang terlukis
Kesungguhanmu
Ketulusan hatimu

RIZ
Berdiri aku di sini
Mengirimkan doa dan harapan untukmu
Menginginkan kejayaan yang kau inginkan
Janganlah kau putus harapan
Kerna kejayaan bukan untuk sekadar diimpi
Tapi untuk dicapai dan dimiliki

4 comments:

SweetMM said...

Sarah, akak link yr blog kat myspace rizfanclub & cari forum

sweetyaya@sweetrussyaya said...

sweetmm
saya bukan sarah. Thanks atas link
tu walopun malu la.Tapi demi riz...
ok la kot

SweetMM said...

Sorry Yaya hehe; boleh tak akak ambik puisi Yaya sebagai sumbangan dari peminat?

Yaya nanti pelancaran RizFC kat Ipoh datang ye.

sweetyaya@sweetrussyaya said...

Puisi tu...ambik jer la. Riz fc nak lancar kat ipoh... bestnye. Tapi tak leh janji. InsyaAllah, kalo free...yaya pergi.