Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Friday, November 14, 2008

Kisah masyarakat

Sekadar untuk berkongsi cerita tentang kisah sedih ini dimana ianya berlaku di kalangan orang-orang di sekeliling aku....... kisah sedih yang membuat aku sebak dan terkilan....... Jika selama ini kisah sedih sebegini banyak yang aku baca dalam majalah mahupun surat khabar. Tapi apabila kali ini aku mengetahui dan melihat sendiri muka si kecil itu....... maka kesedihan itu begitu ketara sekali. Opps..... lupa. Mmg apa yang nak aku tulis ini adalah ttg kisah si kecil yang mempunyai ibubapa yang...........hmmm...... anda nilailah sendiri apabila membacanya nanti.



Gambar ini tiada kaitan dgn cerita



Si kecil tersebut adalah sebenarnya seorang budak lelaki berusia 1 tahun lebih milik sebuah keluarga Melayu yang secara lumrahnya pastilah beragama Islam. Sejak dari kelahiran si kecil itu lagi malah mungkin sebelum dia lahir, kedua ibubapa si kecil ini telah bercadang untuk menjual anak mereka tersebut kepada orang lain hingga menjadi bualan ramai orang yang mengetahui dan akhirnya terdapat sebuah keluarga berbangsa Cina yang sanggup untuk menbeli si kecil ini dengan nilai RM5000. Syukur sebelum anak kecil sempat dijual kepada keluarga Cina tersebut, seseorang yang aku kenali iaitu seorang yg beragama Islam dan kebetulan tidak mempunyai anak telah sanggup untuk membeli si kecil tersebut dengan nilai RM3000 setelah keluarga kandung tersebut memberi diskaun agaknya disebabkan keluarga yang membeli tersebut adalah orang Islam. Sekurang-kurangnya aku masih bersyukur untuk itu walaupun aku memang agak cukup marah dan pastinya aku yakin juga yang kalian pun akan turut sama marah seperti aku bila diberitahu bahawa si kecil tersebut hendak dijual disebabkan ibubapa beliau hendak membeli telefon tangan melalui hasil jualan tersebut. Sedihnya nasib si kecil ini mempunyai ibubapa kandung yang sebegitu. Lebih menyedihkan saudara kandung yang atas beliau jua telah dijual kepada keluarga lain yang tidak dapat dipastikan agamanya. Hmm..... tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang tentang nasib beliau dan adik beradik kandungnya. Buat masa ini si kecil yang sungguh comel sekali di mata aku pastinya hidup dgn kasih sayang yang aku yakin mampu diberi oleh keluarga angkat beliau cuma aku berdoa moga dia dpt bertemu dgn adik beradik kandung beliau dalam keadaan yang terbaik. Amin.

2 comments:

hariznabila said...

hmm..camni manusia pun ada..jual anak semata-mata nak beli handphone..

sweetyaya@sweetrussyaya said...

kakkkkkkkkkkkk
akhirnye berjaya gak akak komen kat sini. Sori yaya tak perasan. Tu la kak.... kalau la bila besar nanti budak nie tahu pasal hal ni tentu dia sedih sangat kan.