Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Monday, November 17, 2008

Can't breathe without u but i have to



Entah kenapa aku agak sentimental bile mendengar & menghayati lirik lagu nie...... Lagu nie membuat aku menilai sikap aku dalam setiap perhubungan yang aku jalinkan dgn setiap org di sekeliling aku. Ada satu sifat aku yang rasa agak sukar untuk aku ubah........ mungkin boleh juga aku katakan sebagai satu sifat buruk aku..... apa2pun nampaknya aku masih lagi tidak belajar dari kesilapan masa lalu aku...... ataupun mmg tu salah satu sikap2 org yang berbintang Capricorn seperti yang selalu aku baca dlm horoskop. Entahlah...... yang pasti itulah aku..... seorang yang tidak pandai utk menunjukkan rasa sayang aku pd org yang aku sayang tak kira sayang sebagai sahabat..... saudara......kekasih dan sebagainya. Kerabkali aku takut untuk bersikap mengambil tahu kerana aku takut org menyalah tafsir aku sebagai penyibuk...... pengganggu privacy dan apa2 jer lah yang sewaktu dgnnya dan pada masa yang sama aku tidak tahu sikap tidak ambil tahu aku itu membuat org menganggap aku sebagai tidak peduli..... tidak sayang..... tidak kasih dan akhirnya menjadikan perhubungan tersebut menjadi renggang. Hmm..... sukarnya utk kita menafsir fikiran org kan. Apa2pun skrg aku berusaha utk mengubah sikit demi sedikit antara sikap2 aku yang merugikan itu. Dan sesungguhnya kalaulah aku dapat mengucapkan maaf pada org2 yang terluka kerana ketakutan aku untuk menjadi seorang penyibuk....... pengganggu privacy...... minah kepoh & yang sewaktu dgnnya. Hmmm.... sesungguhnya.......percayalah...... jauh di sudut hati aku......aku ingin menyayangi semua org di sekeliling aku.

No comments: