Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Sunday, April 13, 2008

12 april punya cerita

Exam… oh….exam. Hidup aku tak keruan beberapa hari ni. Tido buku….makan buku…. Kiri buku…. Kanan buku. Huh… edak le teman lalu rupa gini. Nasib baik esok tak de exam. Tadi ada dua paper. Pagi dan petang. Lepas exam BI, aku dgn siti gi makan kat chicken rice shop. Hmm…. Berebut nak bayo. Boleh gitu. Maklum bukan selalu dpt jumpe. Last2 siti yg bayo. Siti siap tak bagi budak cashier tu ambik duit aku lagi. Budak tu pun satu….. aku hulur duit aku dulu tapi die tak nak ambik le pulak. Nak duit siti jugak. Siti cakap die belanja pasal die naik pangkat. Hmmm….Tak pe la….Esok2 aku belanja lak. Lagi pun senin nie ada paper International Management. Kami sama2 ambik paper tu tahun nie. Lepas makan…. Siti ajak gi rumah die. Minah nie kan sanggup tak sewakan rumah die tu semata-mata die nak ambik exam kat ipoh walopun die dah pindah kl dan terpaksa sewa rumah kat sana plak. Nak jadi org perak ye siti? Tu la org cakap ipoh mali tatak sombong. Hehehe….. gelak lak aku bile teringat citer siti bile die mula-mula kena keje kat balai polis parit. Ada sorang pakcik tu datang kat balai dok ngadu dlm bahase perak yg pekat. Pakcik tu cakap….. dabal teman udah leboh. Apalagi…. nganga le siti mendengonya. Hehehe. Paham ke kome apa maksud kata-kata pakcik tu. Aku rasa kalo budak perak yg dtg dari area kg gajah, parit dan yg berdekatan…. mesti le paham. Kalo area lain…. Mungkin gak tak berapa nak paham. Tapi kan kakak aku cakap…. Bahasa lama yg ada kat kamus tu banyak yg sama dgn bahasa perak cume cara sebutannye la mungkin lain pasalnye kalo ikut sejarah kesultanan melaka….. dipercayai selepas melaka diserang, dipercayai anak sultan melaka pada masa tersebut telah pergi ke perak dan kemudiannya memerintah di sini dan ada gak yg ke pahang. Jadinye pasal tu la bahasa lama tu sama dgn bahasa perak. Malah bahasa pahang jugak hampir sama dgn bahasa perak di kawasan tertentu cam kuala lipis. Hmm…. Melalut lak aku ni kan? Okey le…. Kalo nak cakap pasal maksud ‘dabal teman udah leboh’ tu maksudnya dompet sudah sudah hilang. Camne??? Ada seakan-akan ke bunyinye. Hehehe. Serupa tapi tak sama. Ok la…. Berbalik pasal citer aku. Lepas rehat jap kat rumah siti…. Aku gi ambik exam hubungan antarabangsa. Siti tak ambik pasal die ambik paper sains masyarakat sebagai minor. Aku lak ambik sains politik. Hmm….Rasanye cam leh jawab tapi berpinor jugak le bijik mata teman. Entah le…. Jawab tetap jawab. Balik rumah langsung tak study lagi. Dok tgk Konsert AF la plak. Hmmm….. faizal terkeluar. Anak sedara aku nangis pasal Faizal terkeluar. Maklum…. Anak polis suke anak polis le jugak. Aku cume tukang gelak je. Jahat tau. Nasib baik bukan nadia & riz yg terkeluar. Hei….. sejak bile lak aku suke riz nie kan. Ngeh3. Kantoi….. Actually kan edak le suke sangat. Cume sebagai support utk anak perak. Boleh gitu. Lagipun teruk sgt org kutuk die. Aku nie kan mmg pelik sikit. Aku mudah kesian pada org yg kena kutuk. Bagi aku…. Kalo nak kutuk org berpada-pada la. Ye la…. Mengutuk org cam le diri sendiri bagussss sangat. Apa2 pun bagi aku….riz dan nadia mmg antara yg terbaik utk AF6 kali nie. Aku rasa lagu marabahaya yg riz kena nyanyi tadi cam susah je. Riso betul part riz kena rap. Tapi aku tgk riz leh buat walopun tak dinafikan mmg ada part yg semput. Harap2 minggu depan riz dpt nyanyi lagu baru die tu. Cam best je dgr hari tu. Pasal nadia lak…. Best jugak tadi…. tapi yg tak best pasal kemerduan lagu nie cam hilang bile suara nadia yg besar tu menjadikan lagu nie cam lagu rentak r&b cam apa yg kak ogy cakap la. Aku setuju part tu. Tapi aku tak setuju ogy malam nie yg serius giler tu. Adlin aman ramli cam best lak malam nie coz buat komen dlm nada lawak la. Ceh…. Sejak biler lak aku jg pengkritik kepd pengkritik nie. Ngeh3. Berckp pasal lagu nadia tadi… tiba2 aku rasa cam nak dgr mila nyanyi lagu tu. Mesti best. Aku dah dgr mila nyanyi lagu pnawar rindu. Merdu giler. Hmmm….. sori dah tersasar lagi sekali. Pasal persembahan org lain… aku rasa cam malas la nak komen pasal aku rasa cam x de yg menarik. Stanly cam biasa terlalu beria-ia hingga hilang kemerduan lagu tu, nubhan lak…. sayang…. lagu tu memang sedap tapi die telah mempersiakannya. Begitu gak dgn faizal, saida, alif. Sayang lak alif nie…. Aku mula nak suke kat die minggu lepas pasal lagu camellia tu dan sanggup jd camellia yg dimarah. Ngeh3. Boleh gitu. Rina…. Agak biasa utk aku. Mungkin sebagai penyanyi yg dah banyak pengalaman, jd aku harap die leh buat lebih baik lagi atau mmg sebab aku tak berapa berkenan gan die. Tak berkenan???? Jeng...jeng...jeng...Entah la…. Aku rasa cam tak sesuai je die masuk af nie. Adeh…. Ampunkan aku mama rina. Stacy…. Hmm…. Pasal lagu die lagu baru. Agak susah jgk kan utk suke lagu yg pertama kali didgr. Jd aku tak nak komen lebih2. Apapun aku rasa die telah cuba yg terbaik. Pasal toi lak… entah lak…. tak tertarik la. Aku lebih suke die jd sultan masa nadia nyanyi coz nampak real cam sultan zaman dulu kala. Hehehe. Redah jer…. Apa keheinye yop. Daaaaaaaa

No comments: