Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Monday, February 11, 2008

Sesingkat mana kehidupanku ini

Lama betul aku tak update blog. Malas giler. Dalam tempoh tu jugak byk benda yang berlaku dlm hidup aku sampai aku rasakan tak tau nak citer yg mana satu. Otak aku pun macam blur je. Tak leh nak fikir sekarang ni. Tapi aku rasa aku mesti tulis sesuatu jugak hari ni.
hmmm.......... Oh ya.... hari ni aku nak crite pasal keje aku la. Masa kat ofis siang tadi, ada sorang
wanita cina datang jumpa aku pasal tuntutan faedah atas kematian suami dia. Macam biasa aku
kena ambik statement dia sebagai balu. Dia bagitau yg anak dia yg sulung mengalami masalah mental manakala anak kedua dia mengalami penyakit seperti sawan dan ada tiga org lagi yg masih kecil. Sedih betul mendengar crite die dan die pulak tu bercerita dlm keadaan hendak menangis. Aku apa lagi.... turut sama sebak. Jiwa aku ni memang agak lembut sikit. Ye lah dlm keadaan anak2 yang masih dlm tanggungan keluarga tentulah agak berat bagi seorang balu menanggung semua tu apalagi bila suami mati mengejut disebabkan terlibat dlm kemalangan di tempat kerja. Seminggu sebelum ni.... aku ada pegi rumah pasangan org tua cina yg kematian anak disebabkan sakit. Mati mengejut jgk. Tiba2 anak mereka jatuh sakit dan tak lama pastu anak mereka meninggal dan kemudian doktor baru sahkan bahawa anak mereka kena tibi. Sedih betul nyonya tu crite ttg perangai seorg doktor yg sebangsa dgn mereka sendiri yg marah kepada anak dia pasal tak tahu nak bagitau rasa sakit yg dia tanggung tu dlm bahasa malaysia sampai keluar statement, 'kalo tak tau bahasa malaysia, jgn duduk malaysia, pegi balik cina'. Isk... tak baik betul doktor tu kan. Aku pun tak sanggup nak keluar statement mcm tu. Lagipun ikut pantang larang bangsa cina, rupanya statement mcm tu mmg tak leh sebut coz ia bermaksud pegi mati. Patutnya doktor tu tau la kan pasal benda ni coz depa sebangsa. Tak pasal2 aku pun tumpang sedih sama.
hmm.... sebelum drpd ni pulak, sungguh tak sangka yg aku jumpa dgn emak kawan seasrama dgn aku masa tingkatan 1-3 dulu. Itupun pasal aku perasan nama ayah kawan aku tu dan alamat tempat tinggal makcik tu. Tapi yg tak bestnya, rupanya adik kawan aku telah meninggal dunia pasal eksiden masa pergi keje. hmm.... semuanya mati dlm keadaan yg mengejut sampaikan aku pun terfikir samada aku pun akan mati dlm keadaan yg sama. Dah la keje aku ni mmg asyik travel je. Pastu biler sakit tak nak gi check doktor. Ye la.... mmg aku rasa something dgn diri aku ni. Beberapa menjak ni, entah kenapa aku asyik rasa sakit je tapi aku masih bertangguh nak jumpa doktor. Habis tu camno? hahaha... tak pe la. Aku masih rasa mampu tahan sakit lagi. Cuma aku berdoa, jika sesingkat mana pun hidup aku, aku ingin mati dalam iman, aku ingin mati dlm keadaan yg tak menyusahkan org, aku ingin mati dalam keadaan dimaafkan org dan memaafkan org dan aku ingin mati dalam keadaan apak aku dan si kembar kesayangan aku tu bersedia menerima kehilangan aku dgn redha dan paling penting sekali, kehidupan apak aku yg buta tu dan si kembar terpelihara. Saya sayang apak, aza dan azie dan seluruh ahli keluarga saya sangat2.

No comments: