Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Monday, February 25, 2008

Tanjong Malim Lagi

Hari ni aku buat keje luar lagi. Gi Tanjong Malim lagi. Minggu lepas baru aku gi Tg Malim pasal ada appointment dgn Mr Wong dari United Season dr Shah Alam. Kami gi rumah seorang pekerja company die yg accident. Tapi keje sia2 je pasal pekerja die tak bagi kerjasama yg baik. Tak paham aku.... org nak tolong die tapi anggap macam kami nak aniaya die. Padahal pihak syarikat betul2 ambik berat tentang kes die malah sanggup temankan aku gi rumah pekerja tu yg memang jauh ke pedalaman sikit dan setahu aku pihak syarikat pun bantu die dari segi kewangan. Mr Kuek HR Manager company tu pun asyik call aku untuk tau perkembangan kes tu dan bukannya lepas tangan macam sesetengah company. Yg paling aku respect kat company tu, pekerja tu sebenarnya cume keje dgn subcon United Season tapi bile pekerja ni accident die terus hilangkan diri. Nasib baik United Season sanggup bertanggungjawab. Tak tau la apa alasan pekerja tu sampai nak gi sue company ni. I don't think die layak utk terima pampasan dari workman compensation coz setahu aku die pekerja tempatan sedangkan insuran tu utk pekerja warga asing. Gi court belum tentu setahun dua leh settle. Buat habis duit bayar lawyer je. Tapi ye la.... lantak la die. Yg penting aku dah buat keje aku.

Okey.... stori pasal keje aku hari ni. First appointment aku dgn sebuah transport company. Lokasi die betul2
depan sekolah lama aku dulu. Yg susahnya about this case ialah camne aku nak investigate dan identify ada unsur2 fraud dlm case tu. Maklum la company tu family business so mereka yg bekerja adalah di kalangan mereka je malah yg claim accident tu pun adalah working director for that company. Jadi utk kukuhkan case ni.... aku terpaksa le meredah mencari witness utk case ni. Nasib baik la witness tu sudi nak bagi kerjasama. Senang sikit keje aku. Cuma medical report je belum dpt. Hopefully medical report die nanti tak bercanggah dah la.

Keje aku kat situ settle dlm pukul 1 lebih dan appointment aku seterusnya dgn ex staff proton dlm pukul 2 ptg. Tapi bile aku call, die cakap die masih kat KKB lagi. Die suruh aku tunggu die dlm pukul 3. Adeh..... keje tunggu org ni la yg paling aku tak suke coz aku mmg jenis on time. Aku call Golden Hope utk comfirmkan pasal next appointment aku dgn company tu patutnya dlm kul 4 ptg. Chief clerk bagitau yg Assistant Manager tak de, so appointment mmg kena cancel utk hari ni. Hmm... aku decide utk tunggu je la ex staff proton tu. Ye la.... tak kan aku travel jauh2 tapi cume settle 1 fail je. Tak berbaloi langsung. So, aku pun solat dan lepak la kat Proton City. Cantik gak Proton City ni tau. Jadi utk hilangkan boring aku.... ini le yg aku buat masa kat situ. ngeh3



Pemandangan dari surau kat proton city mengadap
taman tasik kat situ





Ini la surau tempat aku solat tu.... cantik kan senibina die



Pintu gerbang Proton City
Banyak lagi gambo sebenonye tapi malas nak upload. hehehehe. Cerita balik pasal dak proton yg aku tunggu tu. Bayangkan la. Mula2 janji kul 2 pastu 3 pastu 3.30 baru dtg. Sabo je la aku. Nasib baik la aku mmg dah lama kenal dgn Encik Syam (Safety & Health Officer) Proton tu sejak zaman aku keje kat pj lagi. Kesian lak kat die pasal case ni tak settle2 lagi jadi aku tunggu gak la jugak ex staff die tu. Ye la.... sebelum ni encik syam dah jenuh setkan appointment antara aku dan budak tu tapi janji nak dtg ofis aku tapi tak datang jugak walhal kebiasaannya kalo case proton, encik syam akan bawak sendiri staff die ke ofis aku. Bagi aku, proton adalah salah satu company yg memang jaga kebajikan pekerja die. Lagipun aku kenal encik syam lebih dari 5 tahun.
Aku cume ambil masa lebih kurang 40 minit je dgn budak tu. So pastu aku pun balik semula ke ofis dan sampai ofis dlm pukul 5 lebih. Bile balik rumah mmg rasa cam nak pengsan je. Penat seh buat keje luar ni. Tapi kalo dok ofis je pun boring gak.Kan? Kannnn? Kannnnnnn?

No comments: