Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Thursday, February 21, 2008

Kenangan lalu

Penat giler beberapa menjak nie. Ingatkan 23 feb nak gi tgk hotfm big jem kat pj tapi kena balik kampung la plak. Anak sedare yg nak kawin aku pulak yg terlebih sibuk. Nasib badan.Nampak gayenya mmg tak de rezeki nak gi sana. Last gi pj dlm bulan nov.07. Itu pun pasal hq ada panggil interview utk naik gred. Ingatkan nak jumpa winda time tu, so aku singgah kat pj sebelum balik ke perak. Tapi winda leh tertinggal hp la plak. Rupenya dia gi amcorp mall tapi tak bawak hp. Memang tak de rezeki nak jumpe winda time tu padahal aku mmg ade lalu kat situ hari tu. Amcorp mall mmg betul2 mengadap dataran tempat hotfm big jem tu. Tempat tu jugak mmg ada banyak kenangan antara aku, arwah kak ros dan winda. Mesti pekerja kenny roger kat amcorp mall tu perasan tentang kehilangan aku dan arwah kak ros yg dulunya mmg regular customer mereka kat situ. Winda??? Aku tak tau la kalo die masih mampu lagi gi ke restoren tu atau tidak. Kalo aku.... mmg payah le rasanye. Tak lalu nak makan kalo ingat arwah kak ros. Sungguh.... aku betul2 sayang kat arwah kak ros. Die bukan sahaja seorang kawan tapi seorang kakak bagi aku. Rindu sangat kat die rasanye. Hmmm.... bagus jgk sebenarnya bila aku tak dpt pegi ke hotfm big jem tu. Kalo kat tempat lain tak pe la, tapi kat situ....... Entahlah.... aku ni mmg kalo sayangkan org, akan sayang org tu sungguh2 tak kira sebagai kawan ke apa ke.

Oh ya.... cakap pasal cerite2 masa dulu2 ni teringat pulak kenangan masa aku sekolah dan dok asrama kat tg malim. Kebetulan pulak beberapa menjak ni aku asyik lalu kawasan yang aku tau tempat tu adalah kampung kawan2 aku masa sekolah dan tinggal asrama tu dulu. Jadi mcm2 crite lama timbul dlm kepala otak aku dan buat aku nak tergelak. Ye la.... tak kan nak ingat yg sedih je kan.Biase le zaman nakal2 dulu. Best giler walopun ada jugak kenangan yg masam dan kelat terutama kenangan masa tinggal asrama. Asrama budak perempuan dipanggil aspuri manakala asrama budak lelaki lak aspura. Dari sejak zaman aku masuk tingkatan satu lagi... budak2 aspura dan aspuri selalu gaduh. Antara kenangan takleh rupa ialah bile budak aspura serang budak aspuri dengan mercun dan bunga api. Adeh.... cam perang amerika iraq pun ye. Sampai kami dak aspuri kena nyoruk bawah katil pasal mercun2 masuk sampai dalam hostel. Sapa yg katil tepi tingkap kena tarik katil ke tengah. Yang peliknya warden kita org yang kami panggil cikgu bedah pasal stail ikat tudung die tu sebijik cam cikgu bedah dalam adik manja buat tak tahu je. Atau die tido mati tak tau la aku. Time tu mmg perang sesaje antara dak aspuri dgn aspura sampaikan kat dewan makan masih main baling-baling lagi. Tapi ada gak yg guna time makan tu untuk main mata.hahaha. Ye la... gaduh2 jugak... main mata, main mata gak. hmm... ada tau kawan aku dak aspuri dan aspura yg kawin akhirnya. Tapi masa sekolah dulu edak le pulak depa couple. Pas sekolah pulak boleh tercouple.hahaha. Apapun aku doakan depa bahagia.
Kenangan lain yg sampai la ni aku tak leh lupa ye lah 'peristiwa mahkamah syariah'. Jgn suspen ye... Itu sekadar panggilan saje. Peristiwa ni berlaku masa aku form 2. Warden aspuri iaitu cikgu ita dan warden aspura iaitu cikgu fuad panggil kami budak ting. 1 dan 2 time tu coz majoriti result exam kami merosot. Jenuh kena marah dan entah camne tiba2 isu adik angkat, abang angkat, kakak angkat timbul. Sape2 yg ada yg terangkat kena berdiri termasuk le aku pun kena sekali. Yg paling kelakor...... yg tolong pecahkan rahsia sapa ada yg terangkat adalah posmen2 yg tak bergaji. Cerdik betul cikgu ita dan cikgu fuad tu. Habis semua terbongkar.
Depa tangkap posmen dulu baru tangkap kami. Adeh.... lame seh berdiri. Bayangkan dari pukul +- 10 mlm sampai ke 2pg berdiri. Pastu kena ugut suruh tido kat court badmintan. Haru betul. Pastu kena rotan kat tangan. Tapi nasib baik aku tak kena rotan. Hmmm.... pasal aku ade hembus sikit. hehehe. Tipu je. Ade la sebabnye. Kalo nak tau jugak..... upahnye dua kupang. Apa2pun pasal tu la aku panggil peristiwa ni sebagai peristiwa mahkamah syariah. Tapi kan mahkamah syariah pun edak le bersidang mlm2 sampai ke pagi sepiee cam tu. Kan? Kannnn? Kannnnn? Tapi kan tak lama pastu tu masa hostel buat jamuan raya besar2an kat hostel tibe2 je guru besar kami umumkan yg cikgu ita dan cikgu fuad nak kawin. Ceh.... tak bile lak depa dating.
Stori pasal gaduh2 antara dak aspuri dan aspura ni mmg banyak. Selain crite serang guna mercun dan bunga api nie, budak aspura ada gak serang kami dak aspuri dengan air teh o. Bayangkan le depa dok simbah dorm dak aspuri dengan air teh o yg mmg dibekalkan kat dewan makan masa supper. Melengit dan melekit. Itu le yg boleh aku cakap. Kita org sampaikan kena tarik katil ke tengah setiap malam. Geram betul dengan depa time tu. Itu belum lagi crite pasal sambutan april fool. Tepat jam 12 tgh malam je, mule le depa serang aspuri sampaikan sanggup masuk kawasan aspuri dan bukak penutup kolah. Tak pasal2 kami kena bangun dan pegi ke kolah tu utk tutup. Tapi yg tak bestnye..... mmg itu yg depa nak supaya kami kluar dari dorm dan depa leh serang kami dengan air teh o. Bukan tu aje. Aku ingat lagi masa april fool tu mmg hari sukan sekolah aku. Bayangkan le muka masing2 yg dah berjaga pasal diserang dek dak aspura dan kemudiannya kena kawad dan masuk acara sukan kat sekolah. Haru biru blues betul. Mata pun macam tak leh bukak je time tu.
Lagi satu cerite menarik.... geram dan malu..... Asrama kami selalu je tak de air. So pihak sekolah kemudiannya buat perigi tapi sayangnya perigi tu pun.... tak leh diguna. Jadi disebabkan tiada air langsung dan penah sampai ambil masa berhari-hari, kami pun terpaksa le mandi air alor. Air alor ni macam sungai tapi kecik banyak. Yg aku tak faham tu entah sapa yg cerdik bebenor buatkan tempat untuk budak aspuri mandi di laluan budak aspura. Bayangkan le.... setiap kali dah aspura lalu.... kami dak aspuri terpaksa le menyelam bagi mengelak dak aspura nampak. Adeh.... nasib tak lemas tau. Yg dak aspura lak saje je lambat2 jalan bile lalu kawasan kami mandi. Tak sesuai betul. Apa2pun..... itu le sebahagian kenangan masa aku sekolah kt tg malim. Cume 3 tahun kat situ dan sekarang walopun aku tak duduk kat situ tapi disebabkan keperluan keje mmg aku selalu ke sana. Tapi aku tak penah berpeluang jumpe kawan2 lama aku. Harap aku berpeluang utk jumpe dgn depa semula. Best jugak kalo sembang kesah lama2 dulu.

No comments: