Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Thursday, February 14, 2008

Jalan2 sambil keje @ keje sambil jalan

Hari ni aku buat keje luar. Hmm... gi cameron. Bulan ni baru nak gi sana. Itupun jenuh dok susun schedule nak
gi sana. Malas seh nak drive ke sana. Dah la case kat area sana tak banyak lak since dis hari tu. So mcm tak berbaloi nak travel jauh2 hanya utk 1-2 case. Tapi keje tetap keje kan. Banyak tak banyak pun kena gi gak. Aku cuma ada dua case je. So aku pun ambik 2 case member aku utk jadikan byk sikit. Ye lah. Apa salahnya tolong member kan. Lagipun dia memang tak berapa suke nak g cameron. Pelik gak aku dgn die ni. Die lelaki. Patutnya tak de masalah utk gi sana. Macam aku ni dah la perempuan melayu terakhir.... ahaks... terpaksa gak drive sorang2 redah jalan Tapah - Cameron tu. Ingat lagi masa tahun 2006, tayar kereta aku pecah kat hutan rimba tu. Nasib baik ada orang nak tolong. Kalo tak... tak tau nak cakap la.
Hari ni aku punya case kat tnb dgn equatorial hotel. Kebetulan la pulak yang member aku punya pun kat tempat tu jugak. Jadi memang senang la. First aku gi kat tnb dulu, jumpa dgn HR Exe, HR Manager dan pekerja yg buat tuntutan. Lama gak la kat situ. Kalo tak silap before 10am sampai la ke 12pm aku kat situ. Quite complicated sikit case pekerja tu coz die claim back pain. Actually back pain bukan satu yg mudah utk dinilai. Ikut pengalaman aku la, kalo dok gadap komputer lelama pun boleh back pain. So, to prove yg back pain tu because of work bukan la satu keje mudah. Level doktor je leh nilai benda2 ni semua. Aku cuma boleh setakat baca dan faham sikit2 la tentang term2 dalam medical ni. Itupun selalunya aku terpakse le selak kamus perubatan tu. Lepas settle kat situ, so aku pun ke brinchang dulu. Lagi pun appointment aku dgn HR Manager kat Equatorial Hotel tu dalam kul 2.30 ptg. Terpaksa seh buat appointment cam tu. Tau la level manager2 ni.... asyik meeting memanjang. Last month masa aku naik cameron, dia ada meeting. So, terpaksa buat this month coz aku pun jarang naik cameron lately ni. Aku sampai Brinchang dlm kul 12.30. Apalagi gi cari makan dulu. Tak tau nak makan apa... hmm.... nampak secret recipe... alamak... dah lama tak makan banana chocolate. nyum....nyum.... sedapnyeeeeeee. And then beli chicky meal kfc coz nak makan nugget dgn minum air milo. hehehe... itu je lunch aku utk hari ni tapi melayang duit aku lebih rm20 coz pastu cam nak merasa lak nak makan
dried fruit buah kiwi dan buah cinta..... adeh... mentang2 la valentine's day. Tapi aku tak sambut ye.Tak penah jumpe seh. First time jumpe. Pasal tu la beli. Dalam kul 2 lebih sikit, aku dah sampai kat equatorial. Aku mmg jenis punctual ok. Ingat tau.... kalo janji dgn aku.... mesti kena punctual. Case pekerja kat hotel quite simple. Mmg tak de masalah kecuali case yg kawan aku handle. Itupun tak la teruk mana. Cuma rekod2 payment, bahagian HR tak simpan. So HR Manager promise utk fax kat aku bile die dah dapat dari account department.
Memandangkan first time kami berjumpa, so, banyak la die tanya coz banyak benda die tak tahu. Ala biasa la tu,
sedangkan aku sendiri pun banyak benda tak tahu kecuali benda yg aku handle. Lepas kat situ, aku gi tringkap pasal nak cuba collect pembayaran faedah tersalah bayar kat org yg tak layak. Tapi die tak de kat rumah la plak. Apalagi pastu aku pun bertolak utk balik la. Ikut jalan lama je. Sempat la singgah kea farm utk beli sayur sikit. Penat sih. Sampai rumah dalam kul 6 ptg. Mengantuk giler masa drive balik tadi. Nasib tak masuk gaung je. Pasang cd Mila yang terbaru tu kuat2 pun tak jalan jgk. Last2 aku berhenti tepi jalan. Basuh muka. Itupun nasib baik aku ada air dalam kereta. Sampai rumah... aku boleh tertido lagi. Borang ABP pun aku tak potong2 lagi ni. Cuma ada berapa belas je yg dah potong dan isi tapi ada banyak lagi yg belum ni. Adeh... penat sih. La ni, beli je surat kabar berita harian tu tapi tak baca sgt pun pasal nak ambik borang tu je. hahaha. Eh... U all pun jgn lupe undi Mila. Nak tahu? Ini la tahun pertama aku undi ABP ni. Mila punya pasal la ni. Tak penah2 saya buat sebelum ni. Harap2 Mila menang. Aku pun nak menang gak. Nak krete. Ngeh3. Kesian kat kereta aku tu asyik kena lanyak je. Ok la. Masa utk tido. Cam nak pengsan je skrg ni. zzzzzzzzzzzzzzzzz

No comments: