Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Wednesday, June 17, 2009

Terharu

Mendapat tahu tentang 2 orang yg berpangkat abang kat ofis aku nie bertegur sapa setelah 7 thn masing2 buat hal sendiri menurut citer mereka yg dah lama di ofis aku tu...... bergenang airmata aku..... entahlah..... terharu sangat... maklumla aku nie jenis yg lembut hati sikit. Aku tak tahu apa punca sampai mereka tidak bertegur sapa begitu lama & aku mmg tak nak ambil tahu pun..... yg penting mereka dah berbaik. Lagipun kita nie mmg manusia biasa yg tidak pernah lari dari membuat kesilapan & kita juga adalah manusia biasa yg tak mampu menggembirakan & membuat org senang dgn setiap tindakan kita. Ada yg suka & pasti ada juga yg tidak suka. Maka seharusnya kita tidak perlulah berkira sangat tentang apa yang orang buat pada kita kerna mungkin secara tidak sedar kita juga telah menyinggung perasaan orang lain. Apa yang perlu.... kita haruslah membuang segala rasa ego yang kita ada...... menjadi seorang pemaaf & pada masa yang sama mengakui kesilapan kita jika kita sedar kita silap dan menyinggung perasaan orang. Kita tidak tahu berapa lama kita akan bernafas di bumi Tuhan ini..... entah esok entah lusa Tuhan akan mengambil nyawa kita...... Maka dgn itu..... hapuskanlah keegoan yang membuta kerana keegoan adalah kudis yang ada di hati & ia harus diubati utk menjadikan kita lebih ikhlas & bahagia.

No comments: