Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Friday, June 12, 2009

anak-anak ibu

Semalam aku sampai dr program anak angkat kat perlis dlm kul 4ptg.... terlewat dr masa yg dijangka. Kesian anak-anak kelaparan......(hmm..... aku dah terbiasa gan perkataan anak2 sejak menjadi ibu angkat nie..hehehe) pasal makan tghhari tak disediakan coz jangkaan awal..... semua akan sampai dlm tghhari. Ada sorang anak.... ibunyer tak dpt jemput pasal x de kenderaan & rumah agak jauh ke dlm & x de bas masuk. Katenyer masa dtg dulu pun..... ibu die mintak tolong jiran htrkan. Jadinyer aku ambik keputusan utk htr die trus ke rumah..... ye la kan.... masa ambik anak org dlm keadaan yg baik.... jadi aku harus ambik tanggungjawab utk memastikan anak mereka sampai kepada keluarga mereka dlm keadaan baik jugak. Masa drive balik dr rumah anak tu..... kepala aku rasa cam terawang jer & kepala berdenjut. Penat sangat sebenarnyer..... x cukup tido & letih yg teramat. Jadual sepanjang 5hari 4 mlm agak padat. Tido pun agak lewat sampai kul 2pagi lebih & esoknya kena bangun awal. Pastu tu menapak dr tempat penginapan ke dewan.... boleh tahan la jauhnya. Nasib baik hari nie.... aku mmg apply cuti.

Sebahagian gambar2 yg aku sempat ambik










Mischevious nie.... anak2 di bawah kumpulan aku.... terdapat dlm 230 org anak2 yg kemudiannye dipecahkan dlm 11 kumpulan & kami yg jd urusetia dilantik jd ibu / papa jahat.....ehek... Kesemua anak-anak ini adalah samada anak yatim ataupun yatim piatu kerana kehilangan samada ibu atau bapa ataupun kedua-duanya sekali & mereka adalah penerima bayaran bulanan yg disediakan oleh badan berkanun (tempat aku bekerja). Program anak angkat nie adalah program tahunan yg dibuat utk anak2 yg ambil SPM mengikut zon utara, tengah, timur & barat & kami membelanjakan sebanyak setengah juta utk program nie bagi tahun nie sahaja.
Semasa kuliah..... ada kelas motivasi... kelas penjagaan diri.... & kelas utk strategi menjawab peperiksaan utk mata pelajaran utama SPM






Semasa aktiviti riadah.......berpoco-poco.... chicken dance & tah apa tarian lagi...aku pun tak tahu

Semasa malam penutup



Anak-anak aku tgh berlakon utk pentomin yg berjudul "Adik sakit perut". Hebat lakonan mereka..... satu dewan bersorak. Sebagai 'ibu' mereka.... aku bangga.


Anak-anak 'ibu' bersama hamper kemenangan mereka. Majmuk gitu. Mereka (Kumpulan Mischevious) juara utk persembahan kumpulan.

Anak-anak 'ibu'..... ibu bangga dgn kalian. Moga kalian mampu menjawab soalan peperiksaan SPM nanti dgn baik & seterusnya berjaya dgn cemerlang. Doa ibu senantiasa bersama kalian.



Ayah & ibu ~ Sudirman

No comments: