Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Saturday, January 19, 2008

~~~~~ Mila Persis Mutiara ~~~~~





Aku dah dapat dah cd Mila yg aku order dari daVom hari Khamis(17jan.08). So, sejak dapat terus sampai la ni aku telah mendengar tanpe jemu. Kot2 cd player aku yg dah maleh nak berpusing.... aku tak tau. Yang pasti.... aku yang merupakan seorg pendengar atau peminat yg memangnya tak tau apa2 pasal muzik ni melainkan apa yg aku tau salasilah keluarga aku bermula dari arwah atuk aku belah apak adalah seorg pemain biola, apak aku adalah seorg pemain gambus, arwah emak aku dulu2 mmg suke menyanyi.... selalu menyanyi kat majlis kenduri kawin. Antara lagu yg aku ingat, dulu2 mak aku selalu nyanyi ialah burung nuri terbang tinggi hinggap mari di atas dahan, mari adik kekasih hati, daku rindu padamu sorang.hahaha....part tu je la yg aku ingat. Abg aku pun pernah menyanyi masa die muda2 dulu dan biasa masuk bertanding.... org ckp suara die cam jamal. Suke le tu. Perasan. Kakak aku yg cikgu tu pun suke nyanyi... hari guru kat sekolah die,die menang karoake sebagai juara. Opppp....melalut lak aku ni. Back to the story....Mila persis mutiara.

Secara peribadinya....mmg aku berpuashati dgn album mila ni. Berbaloi la aku keluarkan duit beli cd ni sampai 3 keping. Sungguh!!!! Aku tak tipu. Semakin mendengarnya, semakin aku menyukainya. Memang tidak dinafikan ada lagu yg sekali lalu dgr macam tak best tapi bile dgr berkali-kali rasa mmg best cam lagu sekejam dan pergimu. Tapi lagu pergimu tu, untuk dpt feel rasa suka tu, cuba la hayati liriknya dan hayati jugak cara mila melagukan lagu ni. Memang sedih beb terutama bile teringat kat arwah adik nurin jazlin tu. Al fatihah untuk dia.

Lagu ilham dimatamu dan demi cinta selamanya mmg sebuah lagu cinta yg sungguh menyentuh hati. Penghayatan mila utk lagu ni memang superp. Tak percaya.... pasang lagu ni kuat2 dan pejam mata dan hayatilah suara mila dan baris2 ayat yg keluar dari mulut mila. Hmm...camne? Syahdukan? Tak syahdu. Isk...something wrong somewhere dgn awak ni. Cuba bukak pintu hati utk rasa nikmat cinta. Pasti awak akan suka lagu ni.hehehe. Persis mutiara... x yah ckp la. Kan ke lagu ni lyg membuatkan aku langsung tak sayang duit. AFUNDI SAKAN. ahaks.... mmg kering sakan pastu pasal AFUNDI SAKAN aku tu cukup untuk bayar duit kereta aku sebulan. ngeh...ngeh...ngeh.... Mila....bila cinta dan gila. Cam nak menari bile dgr kedua-dua lagu ni. Suka dgn kenakalan mila dlm lagu ni. Tapi utk merasakan kenakalan mila tu, kedua-dua lagu ni kena pasang kuat2. Kalo pelahan.... kurang feel dan kurang rasa nakal. Maybe Mila boleh improve lagi pasni dgn cuba bermain-main lagi dari segi lontaran suara untuk lagu2 jenis macam nie supaya bile pasang kuat atau pelan2 pun, masih terasa kenakalan mila. Haha....jgn mare ye mila. Tapi apapun kedua-dua lagu ni masih best dan kedua-dua lagu ni la yg telah membuatkan aku makin excited tuk beli album mila. And the last one...kata org... save the last for the best ....aku lebih tahu...Aku mmg suke bangat dgn lagu ni. Entahlah...rasa happy & bangga je bile dgr lagu nie. Lagu nie mengingatkan aku pd lagu bunga citra lestari...apa ye tajuknye. Lupa la plak. Lagu nie buatkan aku nak menari....nak menyanyi....nak goyang kepala dan bahu....nak menghafal lirik. ahaks...Siap la kalo aku dah hafal lirik lagu ni nanti...terpaksa le ada org tutup telinga mendengar suara aku cam katak panggil hujan nie. ahaks..Apa2pun aku bangga dgn kau Mila. Biarpun mungkin ada review dari surat khabar yg kata album nie tak berapa ok tapi bagi aku yg mendengar dgn telinga dan merasainya dgn hati....aku mmg jatuh cinta dgn mila...opps dgn album nie. Sungguh2 jatuh hati. Cuma jgn mudah berpuashati Mila, teruskan usaha dan senantiasa buat yg terbaik.

No comments: