Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Friday, February 25, 2011

Ingin kupejamkan mataku

Aku agak kepenatan hari nie..... betul2 penat. Ada keje kat Cameron. Patutnya ada dua kes yg aku kena settlekan tp masa on the way ke Cameron..... Senior Exe aku call bgtau.... ada stori kat surat khabar pasal sorang kelindan lori meninggal dunia & driver cedera.... dan die suruh aku cari tempat keje kedua-dua mereka tu. Nasib baik die bagitau nama company tu & kebetulan aku mmg pernah berurusan dgn syarikat tu.... jd bkn satu masalah la utk aku. Dan nak dijadikan cerita..... masa aku nak settlekan kes pertama & pegi rumah org yg pertama tu.... die pun bukak cerita pasal kes exciden 2 & rupernya die berbiras gan driver lori tu. Akhirnya dia tolong panggil driver lori tu jumpe aku.... hmm.... sikit sebanyak memudahkan aku utk tahu cerita sebenar.... walopun sebenarnya x la semudah mana coz aku sampai x sempat nak rehat pun & balik ke rumah jam 6 lebih. Itu pun jenuh menahan mengantuk masa drive td & aku terpaksa bawak laju utk kurangkan ngantuk tp hampir nak terbabas coz jln licin sebab hujan. Dengan perut laparnya lagi..... mmg penat la. Dan saat ini..... aku rasa bagai ingin pejamkan mata..... bukan utk tidur tp untuk menghidu bau damai....membuang segala yg berlegar di minda..... biar kosong..... biar kelam..... kerna aku terlalu penat utk berfikir.

No comments: