Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Sunday, February 20, 2011

Jue Aziz & Zul Huzaimy

Jue Aziz & Zul Huzaimy.... antara artis yang aku minat... tak sangka la plak yg kedua mereka nie kawan baik. Baru tahu pas baca Majalah Hai... tapi aku mmg tau la yg Jue ada berlakon dlm Telemovie Unjul nak jadi orang. Kalo tak silap... drama tu drama pertama arahan Zul Huzaimy. Mmg best citer tu... segalanya ada dlm citer tu... sedih... lucu...motivasi...cinta...betul la kata Jue dlm Majalah Hai tu... karya Zul Huzaimy mmg unik...telemovie tu ditayang sempena Hari Guru tahun lepas. Meh aku tepek dulu apa yg ditulis dlm Majalah Hai tu tp gambo Jue seksi ler jugak..huhu.



Gambar dr Telemovie Unjul nak jadi orang ~ Jgn jd katak... jadilah cakcibau (ayat mendalam)

Bercakap pasal drama Unjul nak jadi org... dlm drama tu Zul Huzaimy berlakon gak... die jd unjul. Unjul nie mmg x blh diharap la... agak pemalas sampai kena halau oleh mak die lakonan Wan Maimunah. Unjul berkwn gan sorang gadis kat kg tu iaitu Emma yg turut menjd pujaan hati anak ketua kg iaitu Jobot lakonan Zamarul. Unjul nak gadai tanah milik keluarga die semata-mata nak kawin gan gadis tu. Lepas tu Unjul dihalau olh mak die... Unjul duduk & bekerja dgn Taukeh Billy (Cina masuk Islam) kat kedai runcit tu. Taukeh Billy yg merupakan bekas guru menggalakkan Unjul blaja & ambik SPM semula. Kebetulan anak taukeh Billy iaitu Meme lakonan Jue Aziz yg belajar kat universiti bercuti, jadinya die tolong mengajar Unjul. Meme mempunyai perasaan terhadap Unjul. Masa Unjul nak ambik SPM, mak unjul meninggal dunia. Unjul sedih dan hampir2 x ambik periksa SPM. Unjul kemudiannya lulus dgn cemerlang tp masa tu jugak si Emma terima pinangan Jobot yg telah banyak kali dtg meminang tetapi ditolak. Sampaikan mula2 keluarga yg jd wakil pastu die sendiri yg pegi meminang sorang2. Kalo tgk si Jobot nie mmg tergelak la. Unjul kecewa & nak bawak diri bile Emma terima pinangan Jobot tp die ditahan oleh Meme. Namun begitu mulanya Unjul masih dgn keputusan die tp akhirnya Unjul x jd bawak diri.... Perbualan Unjul gan Meme masa kat jeti sungai mmg best. Perbualan antara Taukeh Billy gan Unjul pun best. Agak mendalam. Selain tu, pemandangan citer nie pun cantik... penggambaran kat area Grik... Pengkalan Hulu.... rasanye. Tak rugi la tgk citer nie. Cara citer nie dipersembah mmg unik... Hopefully Zul Huzaimy trus berkarya & harap2 filem die nanti... die ambik Jue lagi berlakon dgn die lagi. Ai likeeee.

No comments: