Lagenda Budak Setan The Series Slideshow
Sunday, December 12, 2010
Jue & Lagenda Budak Setan The Series
Thursday, November 25, 2010
Kata-kata
yang terluah
yang terlafaz
bagaikan cermin diri
mempamer gelora rasa
bahagia..... kecewa.....sengsara
suka dan benci
Sunday, November 14, 2010
Shahir oh shahir
Thursday, November 11, 2010
Aku membebel pasal keje
Wednesday, October 27, 2010
Selamat ...........
Friday, October 22, 2010
Maher Zain~ Insha Allah
Kebelakangan nie kalo drive.... lagu nie la yg selalu berkumandang dlm kete aku.... aku mmg dah lama x dgr mane2 radio..... malas dgr bebelan para DJ gan iklan sume...... Best lagu nie.... menyentuh hati..... insaf sekejab... Hmm.... Allah mmg selalu bersama kita kan..... kita jer yg selalu lupa akan Dia...huhu... oh ya.... berckp pasal Maher Zain.... ada sesuatu yg kelakar ttg Maher Zain..... ada ke die follow aku dlm twitter..... menyengih aku dibuatnyer.... hehe....
Wednesday, October 13, 2010
Durian Belanda~Penawar Kanser

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Monday, October 11, 2010
Jalan2
Sebahagian pemandangan bandar Kota Bharu diambil dr Renaissance Hotel
Hotel Renaissance, Kota bharu
Thursday, October 7, 2010
Jue Aziz dlm Anggun Aromaterapi (TV2 ~sabtu,6.30am)
Monday, October 4, 2010
Love Is Blind~ Ramzi ft Ash King
ps: saje jer aku tepek 2 versi coz yg atas tu betul2 official video lagu nie manakala yg bawah tu plak versi yg ada lirik...boleh ler nyanyi sama2 kan... menyumbang sore yg dah sedia sumbang.... ahaks
Tuesday, September 14, 2010
Gambar2 dr Citer Janji Kekasih Episod Akhir







Karina yg balik ke rumah papanya selepas pergi menziarah ayah Aliyah yg telah meninggal dunia.... bermimpi yg beliau turut meninggal dunia & akan meninggalkan org2 yg dia sayang



Saat En Hashim (papa Karina) keluar dgn Pn Marina(mama Karina) utk melamar semula atas permintaan Karina



Karina balik ke rumah mamanya tapi Pn Marina telah pura2 tidur.... sedih betul




Pertemuan Syah & Karina...... kedua mereka tidak pernah berckp soal cinta tetapi cinta mereka tetap kelihatan. Saat ini jugak Karina sudah mula bercakap soal mati kpd Syah.... sayangnya Syah langsung tidak dpt menduga





Persahabatan antara Karina & Aliyah antara perkara yg indah tentang cerita Janji Kekasih nie..... membuatkan saya sebak..... menangis..... terharu.... & sedih bersama mereka....hmm.... ketulusan hati... Masa nie Aliyah suruh Karina berterus terang dgn Syah ttg penyakit dia kerna mungkin dgn itu mungkin Syah akan berkahwin & menjaga Karina. Tapi Karina pula merasakan bahawa jodoh Syah bukan dgn dia sebaliknya dgn Aliyah....hmm... sedihkan
Saat penyakit Karina dtg....hmm... mmg episod akhir nie dr awal sampai akhir.... air mata aku meleleh... lakonan Jue mmg best.... aku doakan moga Jue dpt menang anugerah pelakon terbaik menerusi citer Janji Kekasih nie... ai likee
hmm.... aku publish nie dulu la ek.... nanti aku sambung balik kat sini jugak..... penat la
ada sesuatu yg aku nak share kat atas tu.... dr seseorg yg x de keje cari keje...huhu
Sunday, September 12, 2010
Lagenda Budak Setan Versi Drama @ Astro Prima (Selasa -10.30pm)
Monday, September 6, 2010
Gambar2 dr Citer Janji Kekasih Part 2



Saat Karina masih menjadi seorg minah rewang








Karina dinasihatkan oleh Aliyah supaya mendekatkan diri kpd Allah bagi mengisi jiwa beliau yg kosong
Sunday, August 29, 2010
Gambar2 dr Citer Janji Kekasih



Pertemuan pertama Syah (Fezrul Khan) & Karina(Jue Aziz) ~ masa nie Karina hampir terlanggar Syah yg hendak melintas. Karina seorg gadis yg dipanggil minah rewang di kolej & Syah pula memegang jawatan Pengerusi Persatuan Agama


Keluarga Syah ~ Tuan Haji, Mak Hajjah & Balqis (adik Syah) - Dikatakan keluarga Islam contoh

Zarul (Erry Putra) ~ Teman lelaki Karina & merupakan menantu pilihan mama


Mama Karina ~ seorg ahli perniagaan (mempunyai butik)

Papa Karina (kedua-dua ibubapa Karina telah bercerai & mama Karina tidak suka Karina rapat dgn papa beliau)
Ruqayah ~ Teman baik Aliyah, seorg yg mulutnya...hmm..boleh tahan & beliau byk mengetahui ttg Aliyah yg menyimpan perasaan terhadap Syah & beliau juga tidak menyukai Karina

Lihatlah..... bagaimana 2 org yg mempunyai personaliti yg berbeza ini menjadi teman sebilik & akhirnya menjadi teman baik. Karina seorg gadis liar, perokok, minum arak, anak org berada, mempunyai masalah keluarga tetapi memiliki hati yg baik & tidak pernah berkira soal wang ringgit dgn Aliyah dan Aliyah seorg gadis kg yg berasal dr keluarga yg susah, mengamalkan ajaran Islam dgn baik, membantu Karina dr segi nota kuliah & kerap menasihati Karina supaya bersolat &berhenti merokok. Persahabatan mereka inilah antara perkara yg membuatkan aku cukup terharu dgn cerita Janji Kekasih nie. Namun bagaimana jadinya dgn persahabatan mereka apabila mereka berdua menyukai lelaki yg sama iaitu Syah
Okey...aku stop kat sini nanti aku sambung.....byk lagi gambar yg akan menyusul.
Untuk makluman utk sesiapa yg terlepas citer nie ataupun masih x puas menonton.... berita gembira.... Ulangan Janji Kekasih (Isnin-Ahad) Jam 5pagi di TV3. Enjoyzz