Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Sunday, August 29, 2010

Gambar2 dr Citer Janji Kekasih

Terus terang jika skrg nie anda tanya aku...... apakah citer yg paling aku suka dr 1-10.... jawapannya 1.janji kekasih 2. janji kekasih 3. janji kekasih 4. janji kekasih 5.janji kekasih 6. janji kekasih 7. janji kekasih 8.janji kekasih 9.janji kekasih dan 10.janji kekasih. Aku betul2 suker dgn citer nie sungguh2 walopun biler tgk mesti nak meleleh jer air mata aku tapi aku tetap suker. Aku betul2 kagum dgn lakonan Jue Aziz dlm citer nie. Walaubagaimanapun lakonan pelakon-pelakon lain seperti Fezrul Khan..... Ayu Raudhah..... Puteri Sarah.... Almy Nadia.....Marissa Jasmin....Erma Fatimah.... Jalaluddin Hassan..... hmmm sumelah termasuk mereka yg pegang watak sampingan mmg hebat. Cerita nie pun sarat dgn mesej2 berguna & mmg menginsafkan la bagi aku. Jumaat minggu depan citer nie akan habis...... sedih plak aku coz aku nie mmg jarang tgk tv beria.....ada 3 drama yg aku tgk betul2.... nurkasih.... adamaya & yg terakhir janji kekasih nie.






Pertemuan pertama Syah (Fezrul Khan) & Karina(Jue Aziz) ~ masa nie Karina hampir terlanggar Syah yg hendak melintas. Karina seorg gadis yg dipanggil minah rewang di kolej & Syah pula memegang jawatan Pengerusi Persatuan Agama




Keluarga Syah ~ Tuan Haji, Mak Hajjah & Balqis (adik Syah) - Dikatakan keluarga Islam contoh

Zarul (Erry Putra) ~ Teman lelaki Karina & merupakan menantu pilihan mama
Karina

Aliyah (Ayu Raudhah) ~ Teman sebilik Karina. Seorg gadis yg mengamalkan cara hidup Islam & meminati Syah

Mama Karina ~ seorg ahli perniagaan (mempunyai butik)


Papa Karina (kedua-dua ibubapa Karina telah bercerai & mama Karina tidak suka Karina rapat dgn papa beliau)

Ruqayah ~ Teman baik Aliyah, seorg yg mulutnya...hmm..boleh tahan & beliau byk mengetahui ttg Aliyah yg menyimpan perasaan terhadap Syah & beliau juga tidak menyukai Karina




Lihatlah..... bagaimana 2 org yg mempunyai personaliti yg berbeza ini menjadi teman sebilik & akhirnya menjadi teman baik. Karina seorg gadis liar, perokok, minum arak, anak org berada, mempunyai masalah keluarga tetapi memiliki hati yg baik & tidak pernah berkira soal wang ringgit dgn Aliyah dan Aliyah seorg gadis kg yg berasal dr keluarga yg susah, mengamalkan ajaran Islam dgn baik, membantu Karina dr segi nota kuliah & kerap menasihati Karina supaya bersolat &berhenti merokok. Persahabatan mereka inilah antara perkara yg membuatkan aku cukup terharu dgn cerita Janji Kekasih nie. Namun bagaimana jadinya dgn persahabatan mereka apabila mereka berdua menyukai lelaki yg sama iaitu Syah


Okey...aku stop kat sini nanti aku sambung.....byk lagi gambar yg akan menyusul.

Untuk makluman utk sesiapa yg terlepas citer nie ataupun masih x puas menonton.... berita gembira.... Ulangan Janji Kekasih (Isnin-Ahad) Jam 5pagi di TV3. Enjoyzz

No comments: