Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Monday, March 24, 2008

Perak oh negeriku

Hari ni aku sebenarnya excited nak tgk berita. Nak tau pasal apa tiba2 je excited nie? Hmmm.... Aku sebenarnya dok tunggu stori ttg pelantikan ahli exco negeri Perak. Maklum le kali nie negeri tercinta aku ni... lepas PRU12 tempohari telah pun diperintah oleh gomen yg lain. Hehehe... tau ke perkataan gomen tu apa. Gomen tu bahasa kampung utk kerajaan. Nak kata ikut bahasa org putih pun.... jauh benor bunyinye kan. He3...Bantai jelah. Tapi harapan aku hampa je.... tak tau le samada mmg belum dilantik ataupun telah dilantik tapi tidak diumum kepada pihak media. Maklum le semalam kat berita ada pihak yang tak setuju dgn pengagihan jawatan exco antara DAP,PAS dan PKR yg mana sebelum nie dihebohkan yg DAP pegang 6, PAS 1 dan PKR 3. Pastu isu pelantikan timbalan menteri besar pun kecoh jugak. Ada yg tak nak DAP pegang jawatan timbalan menteri besar. Hmm.... macam2. Tak tau nak cakap la. Sebelum nie mmg dah kecoh pasal perlantikan MB dari wakil PAS hanya sebagai MB yg akan mengikut telunjuk DAP. Bagi aku.... aku ambil sikap tunggu dan lihat je. Nak cakap apa lagi kan. Suka dan tak suka.... inilah gomen yg memerintah negeri aku ni untuk tempoh 5 tahun nie. Macam2 cerita yg aku dgr ttg peralihan kuasa nie. Mungkin pasal ini la kali pertama Perak diperintah oleh kerajaan yg bukan bawah BN, maka ramai yg agak terkejut. Aku rasa bukan saja org BN yg terkejut ttg kekalahan mereka tetapi juga pihak pembangkang juga pastinya terkejut ttg kemenangan mereka. Aku penah baca dlm ulasan di surat khabar yg menyatakan bahawa jika mmg la DAP telah menjangka ttg kemenangan besar mereka di Perak dlm PRU12 nie, pastinya mereka akan melantik wakil Melayu mereka utk bertanding semasa pilihanraya tempohari. Tidak la seperti sekarang yg mana memaksa mereka menerima wakil PAS sebagai MB. Walo apa2pun, aku mmg gembira dgn keputusan Raja Nazrin Shah yg menjadi Pemangku Sultan Perak pada masa tu dan merupakan idola aku ye... jgn tak tahu... bila beliau memilih wakil PAS sebagai MB. Bukan pasal aku sokong PAS ok.... parti mana yg aku undi & sokong... itu adalah rahsia aku ye. Bagi aku.... beliau adalah yg paling layak berbanding wakil DAP yg pastinya tidak boleh mengikut undang2 Tubuh negeri Perak dan juga Jamaludin wakil PKR. Hmm.... aku tak paham apasal la PKR pilih Jamaludin yg dulunya cuma seorg bekas posmen je sebagai calon utk jawatan MB. Tak semegah ikut kata org Perak. Bukan aku nak hina keje posmen ok.... tapi utk mentadbir negeri... aku rasa seseorg calon MB tu perlu le yg mempunyai ilmu pengetahuan yg tinggi bukan hanya pandai cakap. Kalo setakat pandai cakap.... beberapa org kat ofis aku tu pun boleh. Sekali lagi.... aku nak cakap.... aku bukan hina keje posmen ye. Malah aku mmg nak cakap terima kasih kat posmen yg tolong htr borang ABP aku tempohari. Mane le tau kot2 Mila menang pastu yg paling best sekali.... aku pun menang salah satu hadiah utk pembaca tu. He3... berangan tak sudah. Apa2pun aku amat harap sgt sapa2 yg diamanahkan utk tadbir negeri tercinta aku nie akan melaksanakan amanah tersebut dgn dedikasi dan melimpahkan kesenangan utk rakyat negeri Perak nie tanpa kira mereka sokong sapa. Dan aku pun ttp nak ucap terima kasih kat MB Perak yg lama dan gengnye. Maklum le atas usaha beliau utk org gile internet cam aku nie.... la nie setahu aku.... kebanyakan tempat di Perak.... kalo u all travel dan kemudiannya nak guna internet.... kawasan free wireless (wifi) mmg ada kat padang awam cam Padang Ipoh tak pun kat depan pejabat majlis daerah. Bestkan.... tak yah susah2 nak gi cari coffee bean atau yg sewaktu dgnnya.... depa tu bukannya murah pun. Hmm.... ye la.... kadang2 kita akan lebih hargai sesuatu apabila kita tak memilikinya lagi... Apa2 pun perak darul ridzuan.... negeri indah permai..... penduduknya hidup aman damai.... dinaungi keadilan Sultan...

No comments: