Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Saturday, June 19, 2010

Sekali aku jatuh cinta ~ Bab 1

Hmm..... aku pernah tulis dlm blog nie yg aku sedang berusaha utk buat sebuah cerpin kan..... jadi ini sebahagian dari yg berjaya terhasil. Doakan moga tak terbantut kat tgh jalan ek.... malas betul sebenarnya. Apa2 pun terimalah ~ Sekali aku jatuh cinta
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku melihat jam di tangan entah berapa kali. Rasanya bibir pun sudah tidak mampu lagi mengukir senyuman. Mulutku tidak berhenti mengomel. Geram. Sebagai seorang yang begitu menepati masa, aku memang cukup benci dengan istilah menunggu. Apatah lagi jika terpaksa menunggu sejam daripada masa yang telah dijanjikan. Kalau bukan kerana begitu pentingnya pertemuan yang telah dijanjikan ini, memang pasti aku dah lama ‘cabut’.

Masa terus berjalan dan penantian aku bukan lagi sejam tapi sudah menghampiri dua jam. Aku tahu aku sudah tidak mampu untuk bersabar. Gadis penyambut tetamu yang juga merupakan telefonis di syarikat itu kelihatan turut sama gelisah seperti aku. Mungkin juga dia kasihan melihat aku yang sudah lama menunggu.

“Maaf la cik…… saya pun tak tahu apasal bos saya tak sampai-sampai lagi ni. Katanya dia ‘on the way’”. Entah berapa kali perkataan maaf yang terkeluar dari bibir dia pun aku sudah tak ingat.

Aku sekadar tersenyum hambar. Rasanya kepanasan di hati aku sudah melangkaui 40 darjah Celsius. Tapi aku tahu, tiada gunanya aku meluahkan kemarahan aku kepada gadis penyambut tetamu. Dia cuma seorang pekerja yang mengikut arahan bos.

Tepat jam 4.30 petang, saat pintu pejabat High Taste Sdn Bhd itu dibuka, aku terpandang seorang lelaki dan seorang wanita memasuki ruang pejabat tersebut. Serentak dengan itu, aku mendengar gadis penyambut tetamu berkata dengan suara yang agak perlahan.

“Itu pun dia.”
Mendengar kata-kata tersebut, aku dapat mengagak bahawa lelaki yang muncul tersebut pastinya Encik Ikmal, orang yang aku tunggu-tunggu. Selama ini aku hanya sempat berbual dengan beliau di telefon sahaja. Melihatnya sendiri, aku rasakan yang beliau masih muda lagi. Patut pun tidak begitu pandai nak mengurus syarikat, kataku dalam hati. Tapi aku tidak pasti siapa pula wanita yang bersama beliau. Mungkin isteri mungkin ‘mak we’. Hmm….. sempat lagi otak aku dok meneka. Walaupun keadaan aku pada masa tersebut umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meletus. Gabungan perut yang agak berkeroncong kerana hanya beralaskan sekeping roti bakar dan Nescafe Tarik pagi tadi serta penantian menunggu selama dua jam lebih memang sungguh-sungguh menguji kesabaran aku. Apalagi dengan melihat aksi memualkan dari wanita yang bersama Encik Ikmal. Macamlah dia seorang yang mempunyai suami atau pakwe. Boleh muntah hijau dibuatnya, kalau mengikut ayat budak-budak sekarang. Nasib baik masih ada sedikit kesabaran yang berbekal di hati. Sabar itu bukankah separuh dari iman. Tentu sesuai sekali untukku sejajar dengan namaku Nurul Iman.

“Apa yang penting sangat nak jumpa saya”, lelaki itu bersuara setelah agak lama aku menunggu beliau.

“Saya dah maklumkan kepada encik melalui telefon sebelum ini kan?” Aku membalas. Aku pasti dia tahu tujuan kedatangan aku.

“Saya tak faham la kenapa awak semua tak habis-habis menyusahkan saya hah?” Lelaki itu bersuara lagi. Agak garang sekali.

Aku menghela nafas panjang mendengar kata-kata lelaki itu. Saya yang tidak faham atau dia yang tidak faham. Kemarahan yang terpendam di hati bagai sudah sampai kemuncaknya saat itu. Aku berisytifar di dalam hati untuk mengawal rasa marah.
“Encik Ikmal…… sebagai seorang majikan…….. encik patut tahu tanggungjawab encik terhadap pekerja-pekerja encik. Kalau encik beri kerjasama tempoh hari, keadaan tak berlarutan seperti sekarang.“

“No way! I tak akan bayar.” Lelaki tu berkata separuh menjerit. Aku mengeluh.

“Ok…..fine. You tandatangan saman nie dan nanti u jawab di court. Senang cerita.” Balas aku agak geram. Aku tidak lagi berencik-encik dengan beliau. Lelaki ini benar-benar menguji kesabaran aku.

“U ingat I bodoh. Sori…… I tak nak tandatangan.” Agak sinis cara beliau menjawab.

“Terpulanglah pada you. Tapi jangan marah pulak kalau pihak kami buat saman tampal. Elok-elok cuma encik dan pekerja encik saja yang tahu pasal kes saman nie sekarang, nanti orang yang tak berkaitan pun boleh tahu.”

“U cuba ugut I”.

“Maaf....Encik salah faham. Saya cuma nak bagitahu encik. Suara saya macam menggugut ke?”

Pandangan lelaki itu amat tajam memandang tepat ke mata aku menjadikan aku tidak selesa. Kertas saman yang ada di tangan aku dirampas dengan agak kasar. Akhirnya nak tak nak, Encik Ikmal tandatangan juga surat saman tersebut. Aku tahu sebagai seorang yang waras, pasti dia tahu yang dia perlu menjaga reputasi diri dia dan perniagaan dia.

No comments: