Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Thursday, April 15, 2010

Jaga diri

Aku x tahu...... aku agak sensitif hari ini...... hmm...... bukan sensitif sebenarnya tapi sedih...... insaf..... bersyukur...... entah la. Macam2 perasaan sebenarnya dan aku keliru dgn perasaan aku. Hari ini sekali lagi aku melihat...... satu cerita sedih yg bukan aku baca tapi lihat depan mata aku sendiri. Entah kenapa..... aku agak sedih sedangkan pastinya cerita sedih sebegini bukan pertama kali untuk aku lihat. Terlalu byk sebenarnya dan aku sudah terbiasa. Maklum keje aku sememangnya memerlukan aku berdepan dgn insan2 istimewa ini. Dan bagi aku, mereka mmg insan istimewa kerna diduga Tuhan dgn dugaan yg besar dan pastinya mereka mmg insan terpilih yang ingin diuji olehNya dan insyaAllah pastinya mereka mampu menghadapinya dgn redha. Mungkin kita yang berada di sekeliling mereka yang berasa betapa pedih dan perit hidup yang mereka lalui sedangkan mereka seboleh mungkin menyembunyikannya. Begitu juga apa yg aku lihat hari ini....... melihat seorg adik yg bergenang air matanya bercerita ttg kakaknya yang sudah tidak lagi mampu melihat disebabkan mengalami ketumbuhan di otak dan ditinggalkan suami sedangkan si kakak bagaikan telah menerima takdir hidupnya dgn redha walopun minggu lepas..... dia masih mampu melihat dan segalanya berubah sekelip mata utk minggu ini. Aku pun sebenarnya telah turut bergenang air mata kala melihat si adik mengelap air mata yg mengalir di hujung mata. Hmm..... sukar untuk menilai hati aku sendiri sebenarnya. Aku mengaku adakalanya aku menjadi seorang yg begitu keras hati tetapi aku juga boleh menjadi seorang yang begitu lembut hati ataupun sebenarnya aku sememang seorang yang amat lembut hati tapi terpaksa berpura-pura menjadi seorang yg keras hati untuk mengelak dari dipergunakan. Hmm..... entahlah. Mungkin sesiapa yg mengenali aku boleh memberi jawapan untuk itu. Apa2 pun itu x penting...... yg penting dlm keadaan dunia hari ini yg wujud pelbagai jenis penyakit..... wabak...... virus atau apa saja..... sama2 lah kita ingatkan diri kita dan org yg kita sayang..... hargai diri sendiri dan mereka. Walopun sesaat, semua boleh berubah. Jaga diri dan jaga org2 yg kita sayang.

No comments: