Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Tuesday, June 10, 2008

Seniman Menangis


Seniman Menangis - Jamal Abdillah


Lagu Seniman Menangis nyanyian Jamal Abdillah ini mmg amat menyentuh hati saya. Saya pernah berkesempatan menonton persembahan live konsert beliau di Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu dimana Jamal mendendangkan lagu ini dengan penuh penghayatan. Saya yang menonton dan mendengar nyanyian Jamal masa itu terasa sebak dan sedih. Lagu tersebut berkisar tentang kisah kehidupan seorang seniman yang cuba untuk menggembirakan peminat-peminatnya walaupun diri dia sendiri menangis. Cuba hayatinya lirik lagu tersebut. Saya percaya jika kita mempunyai hati dan perasaan…..pasti kita akan terasa …. kan.

Hmmm….saya sebenarnya bukanlah ingin bercerita tentang Jamal Abdillah walaupun saya percaya kita semua memang mengetahui serba sedikit tentang kehidupan beliau. Walaubagaimana teruknya kehidupan dia…. Tapi Jamal memang telah berada di satu tahap dimana orang tidak peduli akan segala kisah hidup dia tapi orang cuma ingin mendengar suara dia. Dan…… begitulah saya harapkan tentang seorang yang bernama Riz…..….seorang bintang baru yang telah berjaya menarik perhatian saya untuk meminati suara dia.




Kredit to ayugiler@pepari(forum cari)



Saya percaya pada bakat yang ada pada dia dan saya percaya pada kemampuan dia untuk terus kehadapan dalam bidang seni ini. Walaupun pada masa yang sama pelbagai cerita dilemparkan ke atas dia. Hmmm…… sebagai peminat…..tipulah jika saya berkata saya langsung tidak terasa pedihnya mendengar segala pelbagai cerita buruk tentang dia. Tak tahulah samada setiap cerita tersebut betul atau tidak. Hanya Riz dan Tuhan sahaja yang tahu. Namun sebagai seorang peminat….. tentu sahaja saya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dia. Setiap orang mempunyai cerita hidup sendiri yang mungkin semuanya baik-baik sahaja dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Namun….. jika benar sekalipun kehidupan seseorang itu memang tidak sebaik mana sebelum ini……diharapkan orang itu diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki keburukan tersebut dan bukan membuka aib orang tersebut. Begitulah juga harapan saya agar Riz juga diberi peluang yang sama. Bukanlah maksud saya yang Riz pernah melakukan sesuatu yang tidak baik sebelum ini tapi lebih kepada harapan saya sahaja agar jika dia pernah tersilap langkah, maka apa salahnya jika dia diberi peluang untuk memperbaiki diri. Dan pada masa yang sama…….saya harap Riz juga sedar bahawa kehidupan seorang artis ini sebenarnya tidaklah seindah mana. Mungkin dari segi wang ringgit dan nama……terlihat keindahannya tapi dari segi kehilangan privasi hidup……hmmm…..memang tidak terkata rasanya. Dan sekarang pun....kehilangan privasi diri itu memang telah pun ditempuh oleh Riz sekarang. Dunia artis ini juga.....kerabkali memaksa diri mereka menjadi manusia yang hipokrit……berusaha mengembirakan orang lain walaupun mungkin hati sendiri menangis. Dan itulah antara yang terkandung dalam lirik Seniman Menangis nyanyian Jamal Abdillah. Walau apa-apapun….pastinya saya mengharapkan Riz tabah dan moga Riz memperolehi kehidupan seorang artis yang bahagia dan berjaya dalam bidang seni yang beliau ceburi ini dan bukannya bakal menjadi seorang seniman yang menangis.

4 comments:

Anonymous said...

Adik

I am one of silent member of RIZFC. I read almost every comment posted in RIZFC and Riz's fan blog.
Your writing above really touched me.
Sometimes I couldnt understand why people are so intrested to know about somebody's past rather than looking forward to see somebody GROW. Agree with you, even if it is true, its already past. BUT if it is not true - even worst - FITNAH.
RIZ, actually the more I read/heard about him the more I get motivated to move on with my challenging life. At the age of about half than mine, he has gone thru a lot but he only 'SMILE' and appreciate all that comes to him, good or bad.
Never in my life I vote for any singer in any competition, but with this RIZ... I did.

I BELIEVE HE WILL BE ONE OF THE BEST SINGER IN THE WORLD.

sweetyaya@sweetrussyaya said...

Thank kak mas...
it's not easy for Riz to be a singer & also not easy for us to be his fans.
Keep supporting Riz

lake said...

I'm really touched reading this writing..rasa sebak pun ada..Riz is sure lucky to have you as a fan..biasanya kalu minat seseorang, bila asyik dengar menda tak baik pasal dia, lama-lama minat tu hilang. But with Riz its different. And I agree with Mas, the more we read/heard about him the more we stand by him. We have been supporting him since day 1 what with all the negative stories about him..so apa saja pun berita negatif pasal Riz kita akan sama-sama mengharunginya demi Riz..Thanks for this touching insight..

sweetyaya@sweetrussyaya said...

Lake,
thanks. Sorry coz reply lambat. Saya menulis dgn hati saya dan tumpang rasa apa yg Riz rasa. Hopefully always like that forever.