Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Sunday, August 15, 2010

Janji Kekasih


Janji kekasih ~ drama dr tv3 dlm slot Zehra...... hmmm.... x sangka aku sekarang boleh terpikat untuk menonton drama nie & yg paling x terfikir langsung oleh aku.... aku dah mula suka lakonan Jue Aziz. Aku rasa die mmg antara pelakon yg bagus.... lakonan die sebagai gadis yg mempunyai masalah sosial mmg menjadi & mungkin kite semua fikir..... itu bukan satu masalah utk die.... apatah lagi dgn segala macam gossip ttg die sebelum ini.... tapi emosi yg die tunjuk sebagai gadis yg tercari-cari arah hidup mmg berkesan bagi aku.... tangisan die tidak nampak dibuat-buat pada mata aku malah watak die yg telah berubah menjadi seorang gadis yg bertudung juga kelihatan menjadi..... ayu dan penuh kelembutan. Sesungguhnya mmg watak Karina amat sesuai utk die. Tahniah Jue Aziz. Lakonan awak telah berjaya menukar seseorang seperti aku dr tidak suka kepada teramat suka dgn lakonan awak.
Apa2 pun citer nie cuma tinggal 3 episod aje lagi. Rasanya macam terlalu cepat plak. Bagi aku Janji Kekasih adalah antara drama yg terbaik yg pernah aku tgk atau mmg Janji Kekasih yg terbaik. Pengisiannya begitu menyentuh hati. Walaupun aku kebiasaannya melihat sesuatu drama lebih kepada satu hiburan dan bukannya terfikir utk melihat samada citer itu memberi pengajaran kepada aku atau tidak. Namun berlainan dgn Janji Kekasih.... ia bagai memberi keinsafan utk aku mengenal diri & mengenal org lain. Antara pengajarannya yg aku dpt.... jgn nilai seseorg secara luaran kerna hidayah Tuhan itu x mungkin kita ketahui.... mungkin seseorg yg kita kata hari ini kerana peribadiannya yg tidak mencerminkan keIslaman suatu hari nanti menjadi lebih Islam dr kita sendiri. Sama2 la kita renungkan melalui citer Janji Kekasih nie.

PadaMu Ku bersujud ~Afgan (Lagu Tema Janji Kekasih)

Kalau nak tgk episod yg terdahulu boleh download kat

http://www.dramamelayu.com/2010/07/download-drama-janji-kekasih.html

No comments: