


Pertemuan pertama Syah (Fezrul Khan) & Karina(Jue Aziz) ~ masa nie Karina hampir terlanggar Syah yg hendak melintas. Karina seorg gadis yg dipanggil minah rewang di kolej & Syah pula memegang jawatan Pengerusi Persatuan Agama


Keluarga Syah ~ Tuan Haji, Mak Hajjah & Balqis (adik Syah) - Dikatakan keluarga Islam contoh

Zarul (Erry Putra) ~ Teman lelaki Karina & merupakan menantu pilihan mama


Mama Karina ~ seorg ahli perniagaan (mempunyai butik)

Papa Karina (kedua-dua ibubapa Karina telah bercerai & mama Karina tidak suka Karina rapat dgn papa beliau)
Ruqayah ~ Teman baik Aliyah, seorg yg mulutnya...hmm..boleh tahan & beliau byk mengetahui ttg Aliyah yg menyimpan perasaan terhadap Syah & beliau juga tidak menyukai Karina

Lihatlah..... bagaimana 2 org yg mempunyai personaliti yg berbeza ini menjadi teman sebilik & akhirnya menjadi teman baik. Karina seorg gadis liar, perokok, minum arak, anak org berada, mempunyai masalah keluarga tetapi memiliki hati yg baik & tidak pernah berkira soal wang ringgit dgn Aliyah dan Aliyah seorg gadis kg yg berasal dr keluarga yg susah, mengamalkan ajaran Islam dgn baik, membantu Karina dr segi nota kuliah & kerap menasihati Karina supaya bersolat &berhenti merokok. Persahabatan mereka inilah antara perkara yg membuatkan aku cukup terharu dgn cerita Janji Kekasih nie. Namun bagaimana jadinya dgn persahabatan mereka apabila mereka berdua menyukai lelaki yg sama iaitu Syah
Okey...aku stop kat sini nanti aku sambung.....byk lagi gambar yg akan menyusul.
Untuk makluman utk sesiapa yg terlepas citer nie ataupun masih x puas menonton.... berita gembira.... Ulangan Janji Kekasih (Isnin-Ahad) Jam 5pagi di TV3. Enjoyzz