Lagenda Budak Setan The Series Slideshow

Showing posts with label Cerpin bersiri ~ Sekali aku jatuh cinta. Show all posts
Showing posts with label Cerpin bersiri ~ Sekali aku jatuh cinta. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Sekali aku jatuh cinta ~ Bab 2

Saat aku selesai solat subuh dan berdoa, perasaan rindu aku terhadap insan bernama Hazril datang secara tiba-tiba. Empunya nama tersebut adalah seorang insan yang pernah hadir mengisi ruang hati aku sebagai tunangan. Tapi takdir menentukan bahawa dia sebenarnya memang bukan jodoh aku. Telah hampir enam bulan dia tinggalkan aku dan hingga sekarang aku masih belajar untuk menerima hakikat tersebut dengan redha. Mengunjungi Mak Limah adalah salah satu cara untuk mengubat kerinduan aku kepada dia. Dan saat ini, aku tahu kemana arah yang hendak aku tuju untuk cuti mingguan aku kali ini.

Saat kereta aku memasuki ruang laman rumah itu, seperti biasa senyuman Mak Limah menyambut aku. Dia seperti seorang ibu untuk aku. Memberikan aku rasa damai dan selamat.
“Kenapa Iman datang mengejut ni.”
Aku cium tangan dan peluk tubuh perempuan tua itu. Cuba melepaskan segala kerinduan yang ada.
“Iman rindu,” balasku. Saat itu wajah tua itu kelihatan redup. Dia pasti tahu siapa yang paling aku rindukan sebenarnya.
“Jom masuk dulu.” Tangan aku ditarik untuk diajak masuk.
“Iman nak gi kubur dulu la mak,” balasku perlahan. Mak Limah mengeluh. Dia pasti sedia tahu, setiap kali aku datang ke sini, itulah tujuan utama kedatangan aku.
“Iman….nanti petang-petang la pegi. Masuk rumah dulu…rehat kejab. Kan penat bawak kereta jauh-jauh tu. Lagipun nanti boleh la kita pergi sama-sama.” Aku diam. Agak serba salah. Jika aku yang hanya seorang tunangan begitu terasa kehilangan dengan kematian Hazril, apatah lagi seorang emak yang melahirkan beliau. Aku diam dan akhirnya mengikut saja apa yang telah disuruh.
Cuti mingguan aku kali ini memang tiada apa yang istimewa, namun ia tetap amat bererti untuk aku. Menghabiskan percutian aku dengan membersihkan kubur arwah Hazril, membaca Surah Al Fatihah dan Surah Yaasin di kubur Hazril memberikan aku satu kepuasan dan kedamaian. Menghabiskan masa dengan menemani Mak Limah juga satu kebahagiaan, mendengar cerita dia tentang zaman kecil dan persekolahan Hazril sambil melihat gambar-gambar lama arwah bagaikan ubat rindu yang paling mujarab untuk aku.
Hampir sebulan aku agak jarang berada di pejabat hingga menyebabkan banyak hal yang berlaku di pejabat tidak aku ketahui. Maklumlah tugas aku sebagai Pegawai Penyiasat memerlukan aku selalu keluar untuk menyiasat kes-kes kemalangan yang dilapor. Kepenatan melakukan tugas luar membuatkan waktu senggang di rumah cukup berharga untuk aku melepaskan kepenatan bekerja di siang hari. Namun panggilan telefon dari Senior Exe aku , Puan Amira membuat aku gelisah dan serba tak kena.
“Iman….. esok ganti akak pergi court ek untuk kes High Taste Sdn Bhd. Akak kena
ambik emergency leave pasal ada hal kat kampung. Fail ada kat atas meja akak. Fakta kes dah taip tapi semak balik takut dah bubuh nama akak. Nanti suruh Ida print yang baru. Oh ya…..bagitau sekali kat CC yg akak EL esok ek.”
“High Taste Sdn Bhd? Hmm…. Cam pernah dengar jer. Kes apa tu kak?”
“La…..tak kan Iman tak ingat. Kes tak bayar caruman. Kan Iman yang gi serah saman hari tu.”
“Hah! Alamak. Kenapa la aku harus berjumpa lagi dengan manusia tu.” Bibir aku mengomel tanpa sedar.
“Kenapa?”
“Errrr……Tak ada apa-apa kak. Ok…Beres.” Balas aku. Aku agak cemas sebenarnya. Terbayang wajah lelaki itu. Hensem jugak sebenarnya tapi disebabkan garang dan sombong terus hilang segala kehenseman dia itu. Kalaulah aku boleh berkata tidak kepada Puan Amira tadi. Alangkah bagus. Tapi adakah aku punya pilihan lain sedangkan jawapannya pastinya tidak. Lagipun aku tidak mempunyai alasan untuk berkata tidak kepada Puan Amira. Apatah lagi dalam hal kecemasan seperti itu. Nak tak nak…. Aku kena pergi ke court esok dan berjumpa dengan manusia…...hmm…bodoh sombong…..hati batu…jiwa kacau……hmm…..memang segala gelaran tersebut amat sesuai untuk lelaki itu. Gelaran yang aku beri sendiri tetapi tidak diketahui langsung oleh empunya diri. Dan nampaknya perasaan geram aku kepada lelaki itu menjadi semakin bertambah kerana dia juga telah membuatkan tidur aku tidak lena untuk malam ini.

Saturday, June 19, 2010

Sekali aku jatuh cinta ~ Bab 1

Hmm..... aku pernah tulis dlm blog nie yg aku sedang berusaha utk buat sebuah cerpin kan..... jadi ini sebahagian dari yg berjaya terhasil. Doakan moga tak terbantut kat tgh jalan ek.... malas betul sebenarnya. Apa2 pun terimalah ~ Sekali aku jatuh cinta
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku melihat jam di tangan entah berapa kali. Rasanya bibir pun sudah tidak mampu lagi mengukir senyuman. Mulutku tidak berhenti mengomel. Geram. Sebagai seorang yang begitu menepati masa, aku memang cukup benci dengan istilah menunggu. Apatah lagi jika terpaksa menunggu sejam daripada masa yang telah dijanjikan. Kalau bukan kerana begitu pentingnya pertemuan yang telah dijanjikan ini, memang pasti aku dah lama ‘cabut’.

Masa terus berjalan dan penantian aku bukan lagi sejam tapi sudah menghampiri dua jam. Aku tahu aku sudah tidak mampu untuk bersabar. Gadis penyambut tetamu yang juga merupakan telefonis di syarikat itu kelihatan turut sama gelisah seperti aku. Mungkin juga dia kasihan melihat aku yang sudah lama menunggu.

“Maaf la cik…… saya pun tak tahu apasal bos saya tak sampai-sampai lagi ni. Katanya dia ‘on the way’”. Entah berapa kali perkataan maaf yang terkeluar dari bibir dia pun aku sudah tak ingat.

Aku sekadar tersenyum hambar. Rasanya kepanasan di hati aku sudah melangkaui 40 darjah Celsius. Tapi aku tahu, tiada gunanya aku meluahkan kemarahan aku kepada gadis penyambut tetamu. Dia cuma seorang pekerja yang mengikut arahan bos.

Tepat jam 4.30 petang, saat pintu pejabat High Taste Sdn Bhd itu dibuka, aku terpandang seorang lelaki dan seorang wanita memasuki ruang pejabat tersebut. Serentak dengan itu, aku mendengar gadis penyambut tetamu berkata dengan suara yang agak perlahan.

“Itu pun dia.”
Mendengar kata-kata tersebut, aku dapat mengagak bahawa lelaki yang muncul tersebut pastinya Encik Ikmal, orang yang aku tunggu-tunggu. Selama ini aku hanya sempat berbual dengan beliau di telefon sahaja. Melihatnya sendiri, aku rasakan yang beliau masih muda lagi. Patut pun tidak begitu pandai nak mengurus syarikat, kataku dalam hati. Tapi aku tidak pasti siapa pula wanita yang bersama beliau. Mungkin isteri mungkin ‘mak we’. Hmm….. sempat lagi otak aku dok meneka. Walaupun keadaan aku pada masa tersebut umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meletus. Gabungan perut yang agak berkeroncong kerana hanya beralaskan sekeping roti bakar dan Nescafe Tarik pagi tadi serta penantian menunggu selama dua jam lebih memang sungguh-sungguh menguji kesabaran aku. Apalagi dengan melihat aksi memualkan dari wanita yang bersama Encik Ikmal. Macamlah dia seorang yang mempunyai suami atau pakwe. Boleh muntah hijau dibuatnya, kalau mengikut ayat budak-budak sekarang. Nasib baik masih ada sedikit kesabaran yang berbekal di hati. Sabar itu bukankah separuh dari iman. Tentu sesuai sekali untukku sejajar dengan namaku Nurul Iman.

“Apa yang penting sangat nak jumpa saya”, lelaki itu bersuara setelah agak lama aku menunggu beliau.

“Saya dah maklumkan kepada encik melalui telefon sebelum ini kan?” Aku membalas. Aku pasti dia tahu tujuan kedatangan aku.

“Saya tak faham la kenapa awak semua tak habis-habis menyusahkan saya hah?” Lelaki itu bersuara lagi. Agak garang sekali.

Aku menghela nafas panjang mendengar kata-kata lelaki itu. Saya yang tidak faham atau dia yang tidak faham. Kemarahan yang terpendam di hati bagai sudah sampai kemuncaknya saat itu. Aku berisytifar di dalam hati untuk mengawal rasa marah.
“Encik Ikmal…… sebagai seorang majikan…….. encik patut tahu tanggungjawab encik terhadap pekerja-pekerja encik. Kalau encik beri kerjasama tempoh hari, keadaan tak berlarutan seperti sekarang.“

“No way! I tak akan bayar.” Lelaki tu berkata separuh menjerit. Aku mengeluh.

“Ok…..fine. You tandatangan saman nie dan nanti u jawab di court. Senang cerita.” Balas aku agak geram. Aku tidak lagi berencik-encik dengan beliau. Lelaki ini benar-benar menguji kesabaran aku.

“U ingat I bodoh. Sori…… I tak nak tandatangan.” Agak sinis cara beliau menjawab.

“Terpulanglah pada you. Tapi jangan marah pulak kalau pihak kami buat saman tampal. Elok-elok cuma encik dan pekerja encik saja yang tahu pasal kes saman nie sekarang, nanti orang yang tak berkaitan pun boleh tahu.”

“U cuba ugut I”.

“Maaf....Encik salah faham. Saya cuma nak bagitahu encik. Suara saya macam menggugut ke?”

Pandangan lelaki itu amat tajam memandang tepat ke mata aku menjadikan aku tidak selesa. Kertas saman yang ada di tangan aku dirampas dengan agak kasar. Akhirnya nak tak nak, Encik Ikmal tandatangan juga surat saman tersebut. Aku tahu sebagai seorang yang waras, pasti dia tahu yang dia perlu menjaga reputasi diri dia dan perniagaan dia.